Monday, August 30, 2010

N.U.H.A bila.......hair band!

Ni hairband masa saya baby lagi :p Saya terjumpa dalam almari dan suh Ummi pakaikan.Mesti saya nak suh Ummi amik gambar bila saya rasa saya cantik :p






jelingan maut gitu, takut tak?

Friday, August 27, 2010

N.U.H.A bila........Tokki pun dapat Duit Raya?

KUALA LUMPUR: Seramai 101,391 peneroka FELDA akan menerima duit raya RM350 seorang manakala dan 11,244 peneroka yang tidak bersama FELDA akan diberi RM150 seorang.

sumber : sini

Tokki saya bekas pesara kakitangan awam tau.So,dapat laa duit raya  RM500, sama macam Ummi :)Best lah Tokki.


Ni masa raya tahun lepas.
Tahun ni, agak-agak berapa yer Tokki nak bagi saya? hehehehe.

Thursday, August 26, 2010

N.U.H.A bila.......kelawar part II

Masih ingatkan baju kelawar saya hari tu? Baca kat sini . Hari tu saya memperagakan baju dari Mak Long saya.So, hari ni saya ingin memperagakan baju kelawar pemberian Tok Ji saya pulak.

psst..
Semalam, Tok Ji saya cakap kat Ummi dia ada beli baju untuk raya 2 helai..yeehaaa ! 
Tq in advance yer Tok Ji.



Ni saya tiru kakak Sara Mia dalam Cerita Epilog Syurga Cinta tu...
Tu pasal skang ni saya asyik posing macam ni ajer..


Cantik kan baju saya? Muka saya dah ok sket...
Harap-harap dah kembali cantik masa raya nanti...



Ummi ni, time saya nak makan , masa tu laa dia sibuk suh saya jadi model baju kelawar :p

Wednesday, August 25, 2010

N.U.H.A bila.......Ummi dapat Bonus Raya!

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada kakitangan awam dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan.


Bayaran akan dibuat sebelum 1 Syawal. - BERNAMA


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Duitraya_RM500untukkakitanganawam_pesara/Article


psst:


Syukur Alhamdulillah.Abah pun dapat jugak bonus setengah bulan.Yeeehaaa!

Ada tambahan baju raya untuk saya tak??

N.U.H.A bila.......model spek terlampau !


cantik tak pakai spek macam ni?


ni macam model spek sakit gigi pun ada kan?


Nak makan pun tak senang sebab asyik kena paksa bergambar pakai spek :p

Tuesday, August 24, 2010

N.U.H.A bila........attomen!

Korang ada attomen?(Read: Ultraman)  Alah, yang fire-fire tuh...Saya pun ada tau ! Saya mintak Abah saya belikan.RM19.90 satu attomen.Saya pilih yang paling besar dan mahal sekali kat kedai tu..Ni lah bahananya apabila saya seorang ajer perempuan dirumah pengasuh saya :) psst : Selain attomen, saya jugak ada kete dan lori :p Lepas ni nak mintak abah belikan bas pulak..hehehehe

Saya dan attomen di Plaza Massalam, Shah Alam .


close up sket..eh, attomen tak pandang kamera pulak :p

Monday, August 23, 2010

N.U.H.A bila........chicken pox!

Yer, saya kena chicken pox.Hari kedua baru naik satu badan.Bermula di tangan, bahagian badan dan akhirnya keseluruh muka saya.Hari ni dah kering.Dan saya sudah dihantar kerumah pengasuh ! Tiada lagi hari bermalas-malasan dengan Ummi dirumah.Hari tu, Ummi paksa saya minum air kelapa..masam laa :p



Hari Kedua!




Hari Ketiga!

Hari Keempat!

Hari Kelima! - Dah kering dah, dah boleh jalan-jalan pergi beli baju raya :)

Korang dah pernah kena ker chicken pox? gatal aihhh....

Thursday, August 19, 2010

N.U.H.A bila...........chicken pox ?


Nak jadi cerita, kawan sepermainan saya, Amie kena chicken pox.Alahai.Siannya..Semoga amie cepat sembuh yer.

Semalam, bangun-bangun tido,saya tengok ada biji berair pada tangan saya ni.Saya suh Ummi letak minyak.Harap-harap bukan chicken pox lah. Petang ni Ummi nak amik saya awal, nak bawa pergi klinik untuk cek samada chicken pox atau tak.Saya punya badan ni pun dah macam dedar2 ni...

pic credit to : here


Nak tahu lebih lanjut pasal chicken pox, boleh baca kat bawah :)

Pengenalan

Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air, jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah). Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Rebakan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox.

Pengidap chicken pox boleh merebakan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan berlaku pada di masa hadapan (umur dewasa).

Tanda dan Gejala

Penghidap chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam chicken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.

Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.

Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul.

Komplikasi

Ruam atau cacar air chicken pox akan berkurangan dalam jangka masa 2 minggu dan biasanya tiada komplikasi. Adakala penyakit boleh jadi teruk walaupun pada kanak-kanak yang sihat dan mengakibatkan komplikasi teruk termasuklah kematian. Kumpulan berisiko untuk jangkitan serta mendapat komplikasi teruk:



  • Bayi baru lahir, di mana ibu tidak penah mengidap chicken pox atau pelalian chicken pox.



  • Ibu mengandung menyebabkan kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat dan kecacatan anggota boleh berlaku. Sekiranya ibu mengidap chicken pox seminggu sebelum kelahiran, ia boleh menyebabkan jangkitan serius serta membahayakan nyawa pada bayi.



  • Orang yang lemah atau kurang daya tahan akibat penyakit lain seperti HIV, barah sumsum tulang (leukaemia) dan pesakit kanser dalam rawatan kemoterapi. Orang yang mengambil steroid berpanjangan pesakit asma dan sindrom nefrotik.



  • Penghidap sakit radangan kulit (inflammation eczema).  - saya ni golongan berisiko rupanya...




  • Komplikasi akibat chicken pox:


  • Jangkitan kulit- menjadi lebam merah, bengkak dan sakit. Dehidrasi akibat muntah berterusan atau tidak minum air. Tanda dehidrasi ialah kurang kencing, mulut kering dan dahaga.



  • Kerosakan otak akibat radangan otak. Tanda-tanda radangan otak ialah sakit kepala teruk, keliru, mudah marah, leher keras dan belakang mengeras serta tidak sedarkan diri.



  • Radang sendi- sendi menjadi sakit, kejang dan bengkak



  • Jangkitan paru-paru (Pneumonia)- tanda-tanda seperti batuk, susah bernafas, pernafasan berbunyi (wheezing) dan sakit dada.



  • Rawatan

    1. Ubatan anti-viral :
    2. Acyclovir atau immuno globulin diguna untuk merawat chicken pox. Rawatan amat berkesan sekiranya diambil segera dalam tempoh 24 jam dijangkiti. Ia akan mengurangkan keterukan dan komplikasi akibat chicken pox. Semua orang dewasa mendapat kebaikan dari rawatan antiviral di awal penyakit terutama yang kurang sistem daya tahan (orang lanjut usia, pesakit diabetes, pengidap HIV& AIDS serta rawatan steroid).
    3. Rawatan antibiotik
    4. Komplikasi akibat chicken pox ; radangan kulit dan radangan paru-paru memerlukan rawatan antibiotik. Pesakit yang mendapat radang otak hendaklah dimasukkan ke hospital untuk rawatan antivirus.
    5. Rawatan di rumah
    • Sapu losyen calamine.
    • Ubatan antihistamin kurangkan gatal-gatal
    • Panadol untuk demam

    Pencegahan

    Pelalian memberi ketahanan sepanjang hayat, diberi pada umur 12-18 bulan. Pemberian pelalian- bawah umur 13 tahun terima hanya 1 dos, selepas umur 13 tahun. 2 dos, selang masa 4-8 minggu antara dos 1 dengan dos 2. Pelalian aktif diberi kepada kanak-kanak berisiko (antara 1- 5 tahun) sekiranya ahli keluarga ada chiken pox.
    s



    sumber : sini

    Wednesday, August 18, 2010

    N.U.H.A bila..........bersila


    Tengok saya dah pandai bersila :p Kalo nak mengaji mesti saya bersila macam ni.Nanti Ummi ajar lah saya, Alif , Ba , Ta :) Best tau mengaji ni...Tak kira masa saya suh Ummi ajar saya mengaji tapi Ummi asyik ajar saya Alif, Ba Ta ajer..Ummi dah lupa ker nak baca semua ?



    Ummi belikan saya satu macam ni.

    Korang tahu ker baca ni ?



    Kalo tak tahu, boleh tengok panduan ni.

    Selamat mengaji !!!

    Tuesday, August 17, 2010

    N.U.H.A bila............model sakit gigi

    Ini baju Mak Long saya bagi.Cantik kan?
    Ingat nak pakai raya, tapi terpakai lah pulak..hehehehehe

    Ni gaya orang sakit gigi ker haper ni??
    Ummi ni macam-macam suh saya buat tau..bosan!

    Monday, August 16, 2010

    N.U.H.A bila..............model spek

    Salam semua ! Korang puasa tak ?Saya? Semestinya tidak :p Weekend hari tu duk rumah ajer, petang-petang pergi kat tempat ramai orang jual makanan..hehehe. Sayay tak per tak puasa, janji dah beli baju raya kan.Dan dah dapat duit raya tau daripada Auntie Sharina, boz Ummi lah :) Terima kasih yer auntie :)

    Saya menggayakan spek edisi terhad :)

    close up sket...

    Spek ni sebenarnya didatangkan sekali dalam set permainan yang Ayah Long dan Mak Long bagi hari tu.Dalam tu ada , selain spek, sikat, lipstik, bedak, minyak wangi dan cermin muka tau..seronok main solek-solek dengan Ummi :)

    Friday, August 13, 2010

    N.U.H.A bila.............kena paksa bergambar

    Korang pernah tak kena paksa bergambar ngan Ummi korang? Saya?? Selalu..Bosan ok! Tensen pun ada :p


    Elok-elok saya posing depan tv sambil menggayakan tudung yang diberi oleh Tok Ji, tetiba Ummi suh saya bergambar kat dinding plak untuk dapatkan gambar yang menarik lah konon-kononnya :p


    Hasilnya.....



    Gambar saya tengah mencebik ajer..hahahaha.Sian Ummi :p

    Thursday, August 12, 2010

    N.U.H.A bila..............model topi baru

    Salam semua.Last week, Ummi belikan saya topi....Alaa..Topi beli dekat Pasar Malam ajer..RM6 tapi cantik tau!
    Lepas tu , Ummi saya suh posing la..Macam-macam gaya Ummi suh saya buat..Tapi saya ni biasalah, cepat bosan kan! Ini adalah pose-pose untuk kawan-kawan dan auntie-auntie dan uncle-uncle semua !

    Diri tegak eh Ummi...

    pegang pipi? macam ni ker??
    pegang pipi sambil senyum sket yer?


    pandang Ummi erk??Adui..penat laah Ummi...


    Naik basikal pulak..sambil pandang lantai ker Ummi???


    Vroom..vroom..vromm...
     saya buat bunyi motor...
    (sebab dah bosan dengan Ummi asyik suh pose pose pose ajer....)

    p/s:

    Jangan buli anak anda ok auntie2 dan uncle2 semua !! Bosan kan kawan-kawan?????




    Wednesday, August 11, 2010

    N.U.H.A bila.............rambut but

    Rambut but? My new vocab.Cuba teka?Kalo betul , saya bagi duit raya :) eh, gurau ajer :p

    Pertama sekali, amik gambar dulu dengan baju yang Ummi baru beli dari Melaka :) Terima kasih yer Ummi :p


    Inilah rambut but...Yum yum !Ummi beli rambut but ni kat pasar malam.RM 3 sekilo!


    Rambut but tu  ialah rambutan lah ! hehehehe.

    Selamat berpuasa semua! Saya memang tak puasa! Pagi-pagi lagi mintak nenen ngan Ummi....hikss





    Tuesday, August 10, 2010

    Season 4 - Cute Funny Eating Baby




    Nama saya : Nur Nuha Humayra
    DOB : 2.8.2008

     syarat UTAMA.. (kali ni no 2nd chance..kalu xpatuh slps diberitahu akn terus disqualified):

    1) wajib menjadi follower http://www.suziey.com/ , http://www.malinasiam.com/  & http://damiaqish.blogspot.com
    2) buat 1 n3 berkenaan contest ni dan pastikan ade link back..
    3) letak banner contest tu di tepi side bar blog korang & di dalam n3 contest korang ...
    4) letakkan SEKEPING shj gbr anak anda yg paling comel & lucu sedang mentakedarah makan (xkira ape jenis makanan skalipun...asalkan sedang mkn sesuatu makanan bkn tayar beskal atau menan2 yg lain :D ) then nyatakan nama & umur anak anda..
    5) jgn lupe..n3 contest hendaklah diakhiri dgn " GRAND PRIZE FOR FINALE SEASON IS 3D2N FULL PACKAGE @ REDANG/LANGKAWI ISLAND & 70PCS 4R SIZE PHOTO SPONSORED BY MALINASIAM.COM"
    6) submit link n3 pd comment box n3 ini shja sebelum 15 August 2010 @ 2pm

    syarat lain:
    1) msti mempunyai blog sendiri..
    2) contest bermula 21 July 2010 - 15 August 2010 @ 2.00pm
    3) kelayakan umur peserta adalah 1 bulan - 4 tahun shj
    4) penyertaan hanya utk anak sendiri…

    penaja hadiah utama utk Season 4 Cute Funny Eating Baby adlh Anje a.k.a Mama_Balqis..hadiah akn dipublish later ok.. :)

    p/s: hadiah utk winners of season 4 ni akn diupdate later ok:) confirm best..
    p/s2: ingatan utk SYARAT UTAMA...pls alert ye..kali ni no 2nd chance..once dh being informed tentang syarat yg xckp...if no correction until dateline..trus akn disqualified yek..sekiranya penganjur terlps pandang syarat penyertaan..dan contestant yg xckp syarat tu menang..automatically hadiah akn diberikan kpd pemenang lain yg ckp syarat...


    Klik here to participate : http://www.suziey.com/2010/07/season-4-cute-funny-eating-baby.html

     GRAND PRIZE FOR FINALE SEASON IS 3D2N FULL PACKAGE @ REDANG/LANGKAWI ISLAND & 70PCS 4R SIZE PHOTO SPONSORED BY MALINASIAM.COM

    Gorgeous Baby In Kemeja @ Dress


    Ceritakan sedikit ape & kenapa anda menjadi Follower & suka terjah Blog Mama_Aqish & sejak biler anda kenali Blog Mama_Aqish ni?


     Ummi saya memang follower belog Auntie Mama Aqish :) Sejak bila?Rasanya masa contest Mama Aqish awal-awal dulu .Tak ingat dah. Dan kita pernah jumpa dulu masa 1st MBP gathering :) Ummi saya kalo masa free, memang dia suka blogwalking, nak-nak time dia serabut kepala dengan programming :)

    Nama saya : Nur Nuha Humayra
    D.O.B : 02.08.2008

    Para Penaja :



    N.U.H.A bila......2nd birthday celebration

    Esok puasa yer? Saya tak puasa lagik, sebab saya kecik lagi :p Selamat Berpuasa untuk semua. Jangan malas-malas berpuasa dan gastrik ajer memanjang yer :)

    Venue : Rumah Ayah Long saya, Sentul
    Date : 31 July 2010
    Time : 8.00 p.m
    Menu : Carrot Cake,Steamboat, Fried rice, KFC,puding karamel
    Theme : Pyjamas Theme

    Terima kasih kepada Mak Long sebab masak lazat-lazat, Ummi yang sponsor cake saya dan Ayah Ngah yang sponsor KFC :)






    Inilah kek carrot yang disponsor oleh Ummi..sedappp..

     
    Masa acara nyanyi lagu birthday untuk saya, saya malu-malu dan malu jugak nak tiup lilin...Last-last Ummi yang tolong tiupkan :p



    Banyak hadiah saya dapat dari Ayah Long, Mak Long, Ayah Ngah & Mak Ngah, tapi Ummi dan Abah bagi hadiah apa yer kat saya???

     
    Terima kasih sebab sudi meraikan saya yer :)



    Ada acara lucky draw, dan siapa dapat kertas yang bergulung dengan tulisan ni Ayah Long saya bagi hadiah, banyak tau dalam beg hitam tu...

    Abah saya pun dapat hadiah!


    Mak Long saya dinobatkan sebagai "The Best pyjamas of the night " :) Tahniah Mak Long!