Wednesday, September 24, 2014

NAYLA......bila buli kucing

Hari ni saya nak cerita pasal adik saya , siapa lagi kalau bukan si kaki buli kucing Nayla..Hari-hari mesti dia buli kucing punya.Memang tu hobi dia. Tak boleh nampak kucing duk bersenang lenang. Kadang-kadang, anak-anak si Kiki tengah menetek pun dia amik selamba jer buat main. Kesian anak si Kiki tu.

Ni tengah mengajar Kiki  baca buku dia.comel kan..hahaha

Tengok..dah mula dah buli..Boleh dibuatnya si Kiki tu bantal pulak !!

Kasi tepuk-tepuk sket si Kiki tu..tengok tang tangan tu..Kemainnn laju dia tepuk..

Ok..gosok pulak..hahaha..kan saya dah kata dia ni pembuli kucing ..



Korang suka kucing tak ? Tak baik tau buli kucing..

Don’t let anyone convince you that your dreams are too big. 

Friday, September 12, 2014

NUHA......Bila Wau Bulan


Hari tu kat sekolah cikgu ajar cara-cara nak buat wau bulan. Cantik tak wau bulan saya ? Saya pun pandai jugak menari wau bulan cikgu yang ajarkan..hehehe


Wau bulan merupakan antara jenis wau yang paling popular di Malaysia. Kepopularannya didominasi oleh rakyat pantai timur di Semenanjung Malaysia.Bentuk jenis wau ini menyerupai bulan sabit pada bahagian hadapan dan separa bulatan pada bahagian ekornya. Justeru, wau tersebut kelihatan seperti bulan yang terbit di angkasa apabila diterbangkan. - Sumber Wikipedia

Friday, September 5, 2014

NAYLA bila...........Aksi Bawa Kereta

Salam Jumaat semua. Penutup hari minggu ni saya tayang gambar saya kat dalam kereta tengah berangan drive kereta. Biasa kalau Abah turun jer saya pergi kat seat Abah nak drive. hahaha

Selfie dulu seround :p

Bawak kereta tak boleh eh berdiri?

Macam ni pun tak boleh jugak ??

Ok laa..kalau tak boleh kan..

Macam ni OK?

Dah sedia je semua ?
Saya nak start engine ni :) 

Jom kita gi jalan-jalan yer..Bye semua !!!


Wednesday, September 3, 2014

NUHA bila.....Sambutan Hari Raya @ Tadika

OOTD @ Sambutan hari raya tadika saya..

Ummi saya pun datang jugak. Lepas jamuan hari raya, saya follow Ummi masuk ofiz :)