Sejak saya masuk sekolah ni, memang banyak pengaruh rakan sebaya. Maklumlah dulu masa duk rumah pengasuh, saya dikelilingi kawan-kawan lelaki. Tapi sekarang majoriti kawan saya perempuan. Shifah, Alya, Fatihah, banyak lagi lah. Ada jugak kawan-kawan lelaki,Akmal dan Irfan.
Ummi janji nak beli beg princess kat saya . Dan semalam beg tu dah jadi milik saya :) Beg yang saya pilih sendiri, sama macam Fatihah.Terima kasih yer Ummi dan Abah. Hari ini walau Ummi sakit mata dan duk rehat kat rumah, still hantar saya ke Taska sebab saya nak bawak beg ni ke Taska.
Dimana nak beli beg macam saya ni ? Ikuti kisah ini di blog Ummi saya nanti yer :)