Thursday, December 31, 2009

N.U.H.A bila..........pokok krismas

Ummi cakap , kami tak raya krismas yer :) Kita raya , Hari Raya Aidilfitri jer.Tapi hari tu masa kat Su*bang Pa*rade, saya bergambar ngan pokok krismas.Apa motif ntah.Saya tak mo tau! Tak der tempat lain ker nak bergambar neh?





larikk...selamatkan diri..

 
opss..seb baik tak terjatuh.


Tengok tangan Abah saya neh..hishh.
Berjaya jugak amik gambar saya sebelah pokok krismas :P

Updated: Lupa nak cakap, saya , Ummi ngan Mak Long dijemput ker Nuffnang Friso Gold esok!!Jangan segan-segan tegur saya yer kawan-kawan kalo pergi juga!!

Wednesday, December 30, 2009

N.U.H.A bila .........ice cream

Hari tu kan, Ummi dan Abah beli aiskrim dari pakcik aiskrim bermotor tu.Diorang beli untuk diorang sahaja.



Inilah dia rupa ais krim ni. RM 1 jer :)



Ummi nak jugak? Tak boleh!!


Sedap hingga menjilat jari !



Buat-buat tak nampak spentot saya :P



Abes cair kat tangan laa..

Nak jugak? beli sendirik..hihihi..

larikss

Tuesday, December 29, 2009

N.U.H.A bila.......... model drypantz from drypers

Hari tu Ummi pakaikan saya drypantz from drypers.Tensen ok! Sebab kerja Ummi jadik senang.Kalo dak mesti saya lari ke sana sini tanpa memakai diaper .Ops!


Pakai drypantz ni sambil makan keropok adalah heaven!


pose sexy buat semua! hihihi


ni sebenarnya sample sebab Ummi beli drypers jer.



siap bleh bermain-main lagi dengan memakai cuma drypantz! selesa ok!

Monday, December 28, 2009

N.U.H.A bila.......... pikul lembu!

Hari Jumaat, selepas selasai Abah buat urusan dia, kami ke Mothercare.Selalu memang Ummi tak beli apa.Tapi hari ni saya pelik sebab Ummi belikan saya barang.Nak tahu barang aper?




Saya model mothercare tak berbayar!

 

Inilah yang Ummi beli.Child Safety harness , info bleh rujuk SINI.


Ni nama dier Moo :)


comelkan? baca paper pun boleh sambil pikul Moo :)


penat, bleh duduk!hihihi

Sebenarnya kan, saya tak suka pakai Moo ni.Pelik jer tapi Ummi dan Abah paksa.Hp Abah buat saya lupa yang saya sedang pikul Moo tu.Terukkan diorang ni?Lepas ni mesti saya kena ikat dan tak leh lari laju-laju.Ummi cakap, biar saya menangis dan jangan diorang menangis dikemudian hari gara-gara saya yang suka lari sana sini, takut hilang.Sayang jugak diorang kat saya ni! hihihi

Thursday, December 24, 2009

N.U.H.A bila.......... dadih plak!


Hari tu Ummi dah tak belikan saya calciyum sebab saya dah jemu.Saya tak mahu makan.Tapi bila iklan calciyum keluar kat tv malam tadi, saya teringin nak makan balik calciyum tu.Saya suh Ummi buka peti, saya tengok takder calciyum tapi ada seakan-akan calciyum :)



Dadih rupanya ummi cakap nama dia.




Ok laa, dari tak dapat makan apa-apa kan.



Sedap jugak dadih jagung ni kan?

Wednesday, December 23, 2009

N.U.H.A bila.......... kereta berduit Part 2

Semalam, lagi sekali saya pergi Tes*co dan diberi peluang oleh Ummi dan Abah naik kereta berduit berirama tuh.Jom layan gambar-gambar saya !




Kali ni naik Garfield pulak :)


Best tau lagu dia :)


stereng ni boleh goyang-goyang.




saya rasa macam nak tertidur pun ada dengar muzik ni.hihihi



Ummi, masukkan lagi coin.dah berenti ni..nak main lagi.



Akhirnya saya terpaksa di bawa keluar dari Tes*co kerana menangis bagai nak rak . Ummi saya kehabisan syiling.Dia berjanji lain kali.Harap ada lagi lain kali.Saya betul-betul tak puas main tu!!

Tuesday, December 22, 2009

N.U.H.A bila.......... bertemu Stitch!

Korang kenal apa itu Stitch?Ala yang dalam filem Lilo & Stitch tu!

The tale of a young girl's encounter with the galaxy's most wanted extraterrestrial. Lilo is a lonely Hawaiian girl who adopts a small ugly 'dog', whom she names Stitch. Stitch would be the perfect pet if he wasn't a genetic experiment that escaped from an alien planet and crash-landed on earth. Through her faith and unwavering belief in "ohana" (the Hawaiian concept of family), Lilo helps unlock Stitch's heart and gives him the one thing he wasn't designed to have--the ability to love.-source here

Hari tu, masa pegi Subang Parade, saya jumpa Stitch tau.Sempat laa saya bergambar dengan dia!
Tadaa...


besarnya gigi dier!! seb baik tak geget saya!

Monday, December 21, 2009

N.U.H.A bila.......... main hujan di majlis persandingan

Semalam, menghadiri  majlis persandingan dua pupu saya, Mohd Al Hafiz Rmeli dan Nor Hidayu Yuswan.
 Dan Semalam, saya main hujan for the very first time..Seronok.
 Lebih seronok dari main air paip.Ummi biarkan saya saja.Jom layanz gambar saya dan abang dan kakak pengantin :)



 Mohd Al Hafiz Rmeli dan Nor Hidayu Yuswan


saya yang asyik nak jalan jer..tak selesa ok duk atas dukung Ummi neh..


 eh, manis air hujan neh rupanya :P


muka puas hati main hujan..


sebelum kejadian

Thursday, December 17, 2009

N.U.H.A bila.......... calciyum

Skang ni , saya suka makan calciyum.Ada pelbagai perisa tau.Kat Tesco, harga dier RM 6++ untuk 8 kotak yang comel :)Ada perisa vanilla, mango, grape dan strawberi :) Semua saya suka! yummeh!



ni perisa mango!!


Ummi suapkan saya! yummeh!




hingga menjilat sudu !!


ni hari keesokannya...nak makan sendiri plak..hehehe comot tak?

hari tu kan, saya main syiling, lepas tu Abah saya mintak.Saya lari-lari.Lepas tu Ummi telah memperdayakan saya, siapa nak makan calciyum kena bagi Ummi syiling.Hurm, sebab nak makan calciyum, terus saya bagi ummi syiling, dan upahnya mestilah calciyum...makan makan makan...nanti jadi tinggi!!!yeay!!

Wednesday, December 16, 2009

N.U.H.A bila..........first time tengok cow

Nape Ummi malas nak update blog saya ni.Oh, sebab dier bz.Ni kira cerita basi, tapi sebab Abah baru forwardkan email ni, meh laa layan gambar sekitar korban hari tu.Saya korban 1 bahagian lembu.Terima kasih Tok Ki dan Opah :)


Saya first time tengok cow, takutnya :p Abaikan muka saya yang buat2 takut tu :P yer laa yer la..saya memang takut :p

Layan jer laa gambar lembu yang selamat dikorbankan ni yer  :) mungkin ada yang tak pernah tengok :P

Mula-mula elok lagi cow tu duk melepak..Selepas ditumbangkan..Dah kena sembelih..



Selepas disembelih dan dilapah kulitnya.Kulit cow bleh buat bag ke?


Jom bagi-bagi daging!! nyum nyum..bleh buat goreng, gulai, masak lemak, beriani, masak merah..merecikkkk :)

Monday, December 14, 2009

N.U.H.A bila.......... MPH

Hari Jumaat hari tu, saya dan Ummi pegi MPH sementara menanti Abah settle urusan dier.Sebab tak tahu nak pegi mana la ni kan..Nak gi mothercare tapi macam tak mampu jer nak beli barang dalam tu kan.[ummi laa cakap :P]



Mula-mula Ummi ajak saya jalan-jalan depan MPH jer..


Lepas tu saya buat-buat seronok nampak buku..Terus Ummi bawak saya masuk dalam tu..




eh, bleh ker duduk sini..belasah jer la..



Banyaknya laa buku kat sini..buku ini menjadi pilihan saya..


ini kaler kuning..y.e.l.l.o.w

Last-last , Ummi ajak saya keluar.Tapi dier suh auntie dalam MPH tu amik buku ni dari saya.Saya bagi la.Lepas tu jalan-jalan lagi, saya amik buku lain plak, yang tu saya tak bagi dah orang amik, sampai Ummi kena beli buku tu.Ada ke autie kat kaunter tu nak amik buku saya, meraung tau saya dalam tu.Panik muka dier..hahaha.. Ummi, lenkali kita pegi lagi kat sini yer..mesti Ummi serik :P


Thursday, December 10, 2009

N.U.H.A bila...................................kotak misteri

Masa kat kampung hari tu kan, Abah saya tetiba hilang, tinggalkan saya ngan Ummi kat umah..tak best langsung la.

Pastu Abah balik..horay! Dan bagi saya sebuah kotak.Nape bagi kotak plak ni kan..pelik jer..


Inilah kotak misteri tu


Jom bukak..



Dah nampak kepala...



tengok..tergolek saya kuarkan dier..dan buat2 jual mahal..konon-konon tanak pegang la ..ai malu laa you :P


pastu bila Ummi saya bagi sepupu saya main, saya rampas laa..bear saya ni tau..tak main lagik..hikss kedekutnya saya :P


Wowiey..empuknya...

p/s: tapi tak leh challenge bear Ummi lagikk, lagik besar  dari saya punya..yer la yer la..Abah sayang Ummi saya lebih :P [ ni Ummi paksa saya suh tulis-tak rela you]