Thursday, October 24, 2013

NAYLA bila....gatal gusi

Habit terbaru saya - suka jelirkan lidah sebabnya gigi saya dah hampir tumbuh :p
 Lepas ni boleh saya geget kakak saya :)


Tuesday, October 8, 2013

NAYLA bila.....9 Bulan

Tak sangka saya sudah 9 bulan hari ni. [Kakak saya 9 bulan kat sini ] Hari tu Ummi tersilap kira umur saya. So saya boleh merangkak masa usia 8 bulan sebenarnya. Sabar jer lah Ummi saya ni. Banyak makan semut kot :p Genap 9 bulan saya dah berjaya bangun sendiri pulak disamping dah berjaya duduk. Bawah ni 2 gambar pada hari berbeza. Kebetulan pakai seluar sama.


Sebelum ni saya berani bangun paras ni ajer .

Malam tadi nak masuk 9 bulan. Saya dah buat skill baru iaitu bangun pulak...Lepas tu saya dengan eksyennya jatuhkan badan macam tu. histeria jap Ummi saya. Nasib baik sempat grab saya sebelum jatuh :p

 Abah cakap saya ni Ahmad Albab ker apa sebab suka main kat pintu. Sampai tergolek kat muka depan rumah ni pun dah biasa sebenarnya .Nak kutip selipar yang elok tersusun kat situ.

 
Satu lagi skill berdiri kat palang buaian ni..Satu tangan jer tu buat Ummi histeria jugak :p

 Terjun tiruk macam ni memang aksi kegemaran saya...Kakak redha ajer saya panjat badan dia..padahal saya nak kutip kapas kat depan tu jer pun :p


 Ini pulak kegemaran saya. Sepahkan surat khabar. (habit ni sama dengan kakak) Tengok laju tak laju pergerakan tangan saya sampai tak boleh dicapture oleh Ummi saya..hehehehe. Muka senyum :p Tak boleh blah Ummi kata.

p/s:

Salah takziah buat Atia sekeluarga yang kehilangan nenda terchenta malam tadi. Al-fatihah...

 

Monday, October 7, 2013

NAYLA bila...........Avokado Lenyek

Lama betul saya tak update blog ni. Ni entry zaman bila tak tahu lah.Mungkin 2-3 minggu lepas. Sekarang dah tak makan lenyek2 ni. Dah makan nasi ngan sup pulak :p Tapi tak per la. Sebagai salah satu usaha Ummi saya dalam mempelbagaikan makanan untuk saya sehari-hari.Ummi bagi saya cuba Avokado Lenyek.


Ini rupa avokado sebelum Ummi lenyek.. Rm3 ++ sebiji ni.


Ini selepas Ummi saya lenyek. Setengah biji jer ni. Ummi tambahkan sket susu dalam ni.

licin saya makan :) Sedap jugak rupanya...

Maafkan muka saya yang comot :p

 

Eh Ummi nak buat apa tu?


Ummi amik gambar saya ke ni ? Tunggu...tunggu....

Senyuman paling menawan saya buat semua pembaca blog saya dan kakak saya ni :)