Thursday, July 28, 2016

NUHA & NAYLA bila..............Hari Raya Aidlifitri 2016

Boleh lagi ker nak tayang gambar raya. Boleh la yer. Tahun ni pagi raya kat rumah Opah dan Tokki saya. Pagi-pagi lagi saya dan adik dah bangun dan solat sunat Aidilfitri di Masjid Jamek Paka. Adik tak solat. Adik duk belakang jer. Pagi raya , saya dan adik pakai jubah yang Mak Long dan Ayah Long belikan dari Mekah. Tema raya tahun ni merah hitam lah. 



Gambar saya di pagi raya 


Gambar saya dan adik yang tak reti duk diam


Tengok susah betul nak duk bergambar elok-elok adik saya ni


Ni ok la sket.. 


Ni gambar satu keluarga. Masa ni adik saya nangis gara-gara Ummi dan Abah amik gambar berdua.

Boleh tengok kat entry raya belog Ummi saya kat sini yer -->

http://www.elissmie.com/2016/07/riang-ria-raya-aidilfitri-2016.html


Ini pulak baju raya hari kedua. Saya dan adik pilih sendiri warna dan baju hari raya. 


Kasut raya pun pilihan sendiri 


Layan jer la amik gambar saya dengan adik saya yang susah nak duduk diam tu 

Macam mana hari raya korang ? Meriah tak ? 


Friday, July 1, 2016

NUHA & NAYLA.............E Kad Raya 2016

Dikesempatan ini kami mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca blog kami. Kami akan balik kampung esok . Doakan perjalanan kami selamat sampai yer. Saya puasa penuh lagi setakat hari ni. Adik ada sekali bangun sahur siap makan makaroni lagi . hehehe.




Jangan lupa isi borang balik kampung disini yer :  http://www.cops.org.my/balik_kampung.php
dan serah kepada balai polis berhampiran dengan rumah anda yer.