Monday, April 30, 2012

N.U.H.A bila....Buku Princess

Sila jangan berjanji (berzanji :p)  dengan saya , kalau tak mampu tunaikan ok ! Saya akan tuntut sampai saya dapat. Hari tu Abah janji nak belikan buku princess kat saya. Hari-hari mesti saya tanya Abah bila nak beli buku princess. 



Hari Sabtu pergi Tesco, cari kat dalam tu, tak der pulak buku princess termasuk kedai-kedai jual suratkhabar tepi tu. Saya dah nak mengamuk dah.Abah janji esok pulak nak bawak saya pergi Aeon belikan buku princess. Sekali, tak der jugak .Dah masuk MPH tapi tak der jugak buku princess. Apalagi , meraung lah saya sebab Abah janji nak belikan malam ni pulak kat Giant. Sepanjang jalan menuju kat kereta, saya muncung dan membebel sebab Abah tak belikan lagi buku princess.Sampai lah tertidur. Sampai rumah, saya sambung lagi drama sebab masih tak puas hati tak beli buku princess.

Belah malam, sekali lagi keluar belikan buku princesss. Saya dah angin dah sebab Abah pergi amik duit dulu pulak. Kata nak beli buku princess. Akhirnya sampai kat tempat yang dinanti-nanti. Ada buku princess kat situ. Banyak pilihan pulak. Saya berkenan kat buku ni, so Ummi bagi yang lain pun saya tak pandang dah..




Buku princess saya, RM 13.90 . Puas hati !

Abah dah tak hutang dengan saya dah, sebab semalam , saya dah dapat selipar princess dan payung princess. Lenkali saya tunjuk yer :)



Friday, April 27, 2012

N.U.H.A bila....Sujud Syukur





Ummi says : Tidur pun sempat gitu sujud syukur...Sabar jer lah yer.. hahaha

p/s:

Ni Abah saya candid gambar saya. Maklumlah first time nampak saya tidur sambil sujud ni ;p

Selamat bercuti semua !!


Tuesday, April 24, 2012

N.U.H.A bila..............Hari Sukan

Hari Sukan Taska saya berlangsung pada Sabtu lepas, 21 April 2012. Saya terpaksa bangun macam biasa. Selalu hari Sabtu, lambat sket saya bangun. Lepas dah bersiap , saya dan Ummi pergi taska saya. Abah pergi kerja lah macam biasa.



Mula-mula kena senamrobik dulu sebelum memulakan acara sukan ni.

Saya tak buat pun apa yang instructor buat, saya tengok ajer. Mungkin topeng muka tu buat tak selesa :p

Sebenarnya, ada sorang auntie yang bagi arahan untuk senamrobik tu.

Topeng saya dah dibetulkan.


Masa ni baru ikut sket lepas cikgu betulkan topeng angry bird yang tak berapa nak angry tu ;p

Ewah, senamrobik macam bersilat gitu ;p


Acara yang saya masuk adalah Kepit kepit sayang. Kena kepit belon dan meniti atas tapak kaki tu.

Lepas dah hantar belon ke sana, saya lari laju-laju tapi kumpulan saya dapat no 2 saja.

Lepak-lepak minum dulu dengan kawan saya.


Taska Impian Cemerlang, TTAUiTM


Hadiah disampaikan oleh Datin Prof. Dr. Hamizah Abdul Hamid, penaung TTAUiTM iaitu isteri kepada Dato’ Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar

Muka happy gitu dah dapat hadiah :)

Itu jerlah saya nak cerita pasal hari sukan taska saya :)

Korang pernah main sukan ?

Wednesday, April 18, 2012

Siri Bercakap Dengan N.U.H.A ...Selipar Princess




Saya : Kat ofiz ummi ada jual Selipar Princess ?

Ummi : Tak der jual selipar kat ofiz .

Saya : Kalau takder, nanti Ummi belikan selipar tu kat "kedai penantin" yer (Read : Kedai Pengantin )

p/s:

Ummi says : Kenapa pengantin kat mana lah yang dia suh beli ni . Sabar jer lah :p





Monday, April 16, 2012

N.U.H.A bila..............Gadis Bunga

Entry hari ni tak der kaitan dengan blogger gadisBUNGA yer :) . Ini bunga yang Abah saya petik kat laman depan rumah. Bunga apa ntah. Tumbuh meliar kat situ :p Ataupun tinggalan owner lama. Saya suh Ummi sematkan di atas kepala tapi dia sematkan di telinga pulak :) Layan jer la :)





Cantik tak gadis bunga ni ?

Thursday, April 12, 2012

N.U.H.A bila....Yaya & Ying BoboiBoy

Salam semua :) Hari ni saya nak tayang , buku mewarna saya . Tapi ni dah lama dah Abah belikan. Memang saya suka mewarna. Dah pendek dah pensil warna Ummi belikan tu. Boleh beli baru nanti :p


Tengah gigih warnakan Yaya



Dah macam-macam posisi dah ni :)


Tadda... Yaya !


Ni pulak Ying !

Cantik tak saya warna ? Siapa nak belikan buku warna kat saya, dipersilakan :)


Cabaran Sunsilk 7 hari, ruginya tak join. Hadiah bernilai RM10,000 dan 7 pemenang bertuah setiap minggu dicari !



Tuesday, April 10, 2012

N.U.H.A bila.....Ini bukan Ummi kan?

Hari tu sementara Abah solat Asar dekat surau sebelum pergi pasar malam, saya dan Ummi ber camwhore dalam kereta :pLepas tu tiba-tiba Ummi suruh saya tengok gambar dia .



Ni gambar siapa Ummi ?


Kemain saya tengok gambar tu kan...




Saya tidak percaya itu Ummi saya. Saya kata itu gambar orang lain !


Korang tengok, sama tak? Kurus jerr ni :p

P/s:

Ummi says : 

Ni zaman baru bercinta dengan Abah Nuha la, 9 tahun lalu :p

Yer laa, Ummi dah gumukss :p Lalariksss



Tapi saya tetap sayang Ummi saya :)



Wednesday, April 4, 2012

N.U.H.A bila........Ayah PM,PM Kita dan Muzium Felda Lurah Bilut

Ni kiranya first time saya pergi muzium. Selama ni memang x pernah jejak kaki ke muzium.Ummi saya pun :p

Orang penang, jangan lupa join event Friso kat Queensbay Mall, 5-8 Apr!  



 Masa mula-mula masuk muzium, saya takut sebab banyak orang yang tak bergerak :p Patung rupanya.
Belakang saya pakcik penoreh getah ;p


Ni ayah PM kita tau.Lukisan ni bernilai RM20K :p 

Ni PM kita sekarang, atok Jib :) Muda lagi masa ni, hensem tak?


Harus bergambar kenangan depan muzium dulu. Ummi bila kita nak pergi muzium lagi?

Boleh baca entry penuh di belog Ummi saya yer :) [ klik sini]