Wednesday, February 17, 2016

NUHA & NAYLA..........Pantai Paka, Terengganu

Kalau balik kampung mesti saya ajak Abah pergi pantai. Boleh kata hampir setiap hari la pergi pantai kalau balik rumah Tok Ki dan Opah kat Paka.Sampaikan Abah cakap tak ada kerja lain ker asyik nak pergi pantai. Yer lah, kat rumah saya mana ada pantai nak pergi selalu kan..hehehe

Biasa kitorang makan dulu keropok ke, ikan celup tepung ke kat gerai belakang tu. Lepas tu aktiviti main pasir dan kutip kulit kerang lah. 

Adik hilang pergi mana ntah

Oh tu adik..Fesyen apa ntah siap nganga-nganga mulut :p

Kerang yang kami kutip kat pantai Ummi masukkan dalam botol. Menarik kan??

Kemain lagi saya seronok sampai dekat nak maghrib main pasir. Memberontak bila Abah ajak pulang..

Gambar adik saya yang pertama dengan boat. Saya pernah amik gambar jugak dulu dengan boat.

Tengok saya tu merajuk sebab dah kena balik rumah Tok Ki dan Opah. Hari tu hari terakhir kami kat kampung. Dah kena balik rumah dah esoknya..yer lah...saya anak Selangor :p

Kampung korang ada pantai tak??


Wednesday, February 3, 2016

NAYLA bila.................Duta Kasut MediFeet, Shah Alam

Sementara tunggu Tok Ji dan Mak Long saya shopping kasut kat MediFeet, Shah Alam,  saya haruslah tumpang posing kat kedai ni. Layankan jer la yer. Sebenarnya ada kerusi yang disediakan kat situ tapi saya selesa lagi duduk atas kotak kat situ. Ummi boleh la bawa saya shopping selalu kalau perangai macam ni selalu kan. Behave jer dalam kedai sebab tak der geng sebab kakak saya tak ikut. 





Tok Ji saya gembira dengan kasut barunya :) 

Mak Long saya pun gembira dengan kasut barunya :) 

Ummi saya tumpang menyelit pulak..hehehe