Friday, November 25, 2011

N.U.H.A..........bakal dapat sepupu baru

Ummi saya dapat SMS dari Pak Su saya cakap Mak Su saya sedang berbadan dua :) Bestnya ! Tahniah buat mereka :)
Ni masa majlis nikah Paksu & Mak Su hari tu :)



Bila saya boleh pegang adik sendiri yer ??

Thursday, November 24, 2011

N.U.H.A bila............Skuad Harimau Malaya To Be

Korang tengok bola tak malam tadi ? Saya tak tengok sebabnya Ummi dan Abah ajak tengok keadaan rumah setelah kontraktrok pasang kabinet dapur rumah baru saya petang semalam.Ok la nak upkan cerita lama dah sebenarnya ni. Masa pergi Syed Seksyen 3 pekena teh @ 12 malam :)  selepas sudah samak rumah hari tu :)


Abaikan muka Ummi yang sememeh sebab baru sudah habis basuh rumah masa ni ;p


Ini baju jersi yang dibeli kat Giant 


Skuad Harimau Malaya To Be with Mak Long saya :)

Abah tengah menjeling menjeling ku memandang :p

Sempat lagi Ayah Long rawk !

No camera plizzz..

Abah tengah tweet :p Ok, tipu :p





Wednesday, November 23, 2011

N.U.H.A bila..............Photographer To Be


Hobi saya skang suka amik gambar orang :p Tapi sempat lagi bagi peace kat Ummi nak amik gambar saya :)

Hasilnya ..............



 Gambar Abah tengah buat rock ;p


Ummi tengah buat peace :p


 
Me dah cashout Churp churp, korang bila lagi ? Klik sini untuk Register secara PERCUMA...



Friday, November 18, 2011

N.U.H.A bila....................Tido Penuh Gaya

As salam semua. Hari ni dah Jumaat. Jangan malas-malas kerja tau. Tapi yang tak kerja esp sedara mara di Terengganu tak per lah :)Ni nak tayang gambar candid yang Ummi saya tangkap malam tadi gaya tidur saya yang pelbagai dalam masa sejam lebih :p


Mula-mula tidur sambil menopang dagu.

 
Close up sket.


 Lepas tu tidur bersilang tangan macam nak menari ballet ;p


 Close up sket


  Lepas tu dah tak tidur atas bantal dah. Tergolek dah pun, tapi kaki siap bersilang lah pulak :p

  Close up sket

Korang tidur ada gaya tak?








Wednesday, November 16, 2011

N.U.H.A bila.......Motor Kawasaki 250R

Minggu lepas, Hari Sabtu kami sekeluarga pergi kedai motor kat Klang.Abah saya nak beli motor sebab bila dah pindah rumah baru, jarak antara rumah saya dengan ofiz Abah makin jauh. So bila dah beli motor nanti boleh la Abah saya cepat sampai kat ofiz dia :)



Ni tempat beli motor , warna dinding sama dengan bilik tidur kitorang.Ummi lah yang cakap :p


Address:No 133,Jln Cokmar1,Mutiara Bukit Raja,Off Jln Meru,Klang
Phone No:0333428321
Fax No:    0333428322

Saya dan Ummi posing depan kedai bukti kami dah sampai sini :)


Haruslah saya cuba dulu

Eh, Ummi pun sibuk nak bergambar sama dengan motor, maklumlah duit Ummi :p

Abah tengah tunggu nak buat pembayaran booking.


Peace yo!!


Tuesday, November 15, 2011

N.U.H.A bila......Doa Sebelum Tidur

As salam semua :) Semalam saya cuti duk rumah baru ngan Ummi. Ada lori tau datang rumah saya, lepas tu datang lagi van datang langsir pulak :) Boleh baca apa diorang buat kat rumah saya dalam entry Ummi seperti disini [klik laju-laju]

video




Saya dah pandai tau baca doa tidur tau ! Tapi tak tahu lah korang boleh dengar ke tak ni..Sebenarnya Ummi dan Abah baru perasan yang saya dah pandai baca sendiri masa saya tersilap baca doa nak tidur sewaktu nak makan hari tu :p





Lepas dah baca doa kena tidur Ummi cakap, tak leh cakap dah :)

psst :
Sesiapa yang ingin membuat saham akhirat, boleh menyumbangkan derma ikhlas untuk Pembinaan Masjid Bandar Bukit Raja 
Untuk sumbangan:
Nama: JAWATANKUASA PEMBINAAN MASJID BANDAR BUKIT RAJA.
Bank CIMB Islamic: 1277-0000702-105

Kelulusan Membina Masjid : JAI.SEL.BPM/01/033(42)
Kelulusan Memungut Khairat (Derma) : MAIS/E/MAL/03-2/001/03-1/24(2) 


Jangan terlepas peluang yang menarik.Treatment kat SPA pun boleh dapat RM48, siapa nak kasi kan? Klik sini untuk mendaftar dengan PERCUMA ok !!!   

Wednesday, November 9, 2011

N.U.H.A bila..............Doraemon

Macam mana sambutan hari raya korang ? Saya biasa-biasa ajer. Bosan jugak macam tak raya tapi dapat duit raya jugak tapi tak la banyak macam raya puasa hari tu :) Baju kurung di pagi raya sekejap ajer sebab saya muntah pagi tu.So tak der la gambar saya berhari raya dengan baju kurung :p


Hari tu masa kat kampung, kat kedai runcit depan rumah Ummi saya ada Doraemon yang letak duit macam kat Tesco tuh la. So, apa lagi, harus lah saya try naik sekali kan ! Jom la layan gambar.Abang Danish pun ada :)


Bayaran dia sama macam Tesco jugak, 50 ¢ sekali naik


Kalo hari-hari duk sini , bankrap lah Abah saya :)



Abang Danish tahun depan dah masuk darjah 1.
Sekejap ajer masa berlalu :) Saya pun nak sekolah jugak tahun depan, harap2nya...





Sunday, November 6, 2011

N.U.H.A bila...Selamat Hari Raya Aidil Adha




Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua pembaca belog saya :) !



Friday, November 4, 2011

N.U.H.A bila.....suka membaca

Saya memang suka membaca. Pantang saya adalah masuk kedai buku. Oh, pantang untuk poket Ummi dan Abah sebenarnya :p Mesti saya akan keluar dengan atleast sebuah buku apabila melangkah keluar :) Bagus jugak, dari beli mainan atau makanan ringan kan? Tapi tu saya suka jugak.hehehe.Masa ni masa saya kat kedai buku apa ntah kat Tesco , baru bukak ni tau  :)




Tengah khusyuk ni baca buku !!


 

Ni baju baru  Mak Long bagi :) Terima Kasih Mak Long !


Hasil : Pulang dengan satu buku :p






Thursday, November 3, 2011

N.U.H.A bila.....Tutti Frutti

Last week, Mak Long belanja kami makan kat Tutti Fruitti. Terima Kasih Mak Long yer :) Ni kiranya first time la kami kesana. Walaupun Ummi dah banyak kali nak pergi tapi asyik tertunda ajer . Rezeki nak masuk orang belanja gitu kan :)




Memang kena berpada-pada la ketika amik aiskrim tu. Sebab setiap 100 gram dicaj RM5.30. Ummi tak reti jugak, main pusing-pusing aje dan pilih-pilih topping dan buah-buah yang dia berkenan. Sekali kena RM18 :p

Jom la layan gambar kami makan-makan kat sana :)


 Saya dan aiskrim :)

Ummi dan saya tengah berebut :p


Ni Ayah Long saya...Eh, gambar Mak Long dan Abah tak der pulak :p

Korang semua dah try ke Tutti Frutti?






Tuesday, November 1, 2011

N.U.H.A bila....Master Chef Malaysia

Korang jangan tak tahu. Saya suka tengok program Master Chef kat Astro Ria tu tau !!Selain drama Elysa dan Soffiya :p Pengaruh Ummi rakan sebaya btol la.  Klik sini laju-laju untuk sama-sama kita menonton :)  Kalo kat Astro Ria setiap Sabtu-Rabu jam 9 malam tau.

p/s: Saya sebut rancangan tu mashcheff :p



Seorang master chef tengah  berangan masak di dapur...



Yang menjadi mangsa keadaan ,bear ni atau nama manja dia Afdal termasuk Ummi dan Abah saya. 
Ayah Long dan Mak Long kadang-kadang :p