Friday, November 28, 2014

NUHA bila..........Konvokesyen TTAUiTM ke 20

Saya dah konvokesyen 2 minggu lepas. Sekarang dah cuti sekolah. Tapi saya masih lagi pergi tadika saya tapi pergi main ajer dengan kawan-kawan. Lepas ni dah masuk sekolah dah tak boleh jumpa dengan kawan-kawan tadika dah lah.

Hari tu masa konvokesyen saya muntah sebelum majlis dimulakan. Nasib baik boleh buat persembahan lepas cikgu pujuk-pujuk saya. Agaknya saya tak boleh minum milo masa perut kosong.Saya nak minta maaf kat kawan saya, fatihah dan Aiman sebab saya muntah kena kawan saya.

Jom la tengok saya menari tarian 1 Malaysia kat video kat bawah ni..

video



Ni masa dah balik rumah baru larat nak posing tu pun dah petang. Baju pun dah tercabut..

Cikgu bagi gambar pre konvo siap dengan frame dan gambar saya dan kawan-kawan


Close up sket. Cikgu siap buh lipstick tau kat saya masa amik gambar ni.

Korang ada pengalaman konvokesyen tadika yang menarik ?