Friday, November 28, 2014

NUHA bila..........Konvokesyen TTAUiTM ke 20

Saya dah konvokesyen 2 minggu lepas. Sekarang dah cuti sekolah. Tapi saya masih lagi pergi tadika saya tapi pergi main ajer dengan kawan-kawan. Lepas ni dah masuk sekolah dah tak boleh jumpa dengan kawan-kawan tadika dah lah.

Hari tu masa konvokesyen saya muntah sebelum majlis dimulakan. Nasib baik boleh buat persembahan lepas cikgu pujuk-pujuk saya. Agaknya saya tak boleh minum milo masa perut kosong.Saya nak minta maaf kat kawan saya, fatihah dan Aiman sebab saya muntah kena kawan saya.

Jom la tengok saya menari tarian 1 Malaysia kat video kat bawah ni..




Ni masa dah balik rumah baru larat nak posing tu pun dah petang. Baju pun dah tercabut..

Cikgu bagi gambar pre konvo siap dengan frame dan gambar saya dan kawan-kawan


Close up sket. Cikgu siap buh lipstick tau kat saya masa amik gambar ni.

Korang ada pengalaman konvokesyen tadika yang menarik ? 

Tuesday, October 14, 2014

NUHA bila......Sambutan Hari Lahir Ke Enam @ Tadika

Bulan lepas adalah hari sambutan hari lahir untuk yang birthday pada bulan 7 , 8 dan 9 kat tadika saya. Sebab saya lahir bulan 8, maka sekali lagi ada sambutan hari lahir buat saya. Ummi tak dapat datang tapi Ummi datang awal untuk bagi kek kat saya. Ummi suruh Auntie Fida yang buatkan kek untuk hari lahir saya...



Boleh berhubung terus dengan Auntie Fida : https://www.facebook.com/afida.ariffin.3 kalau nak tempah kek..Macam-macam kek yang ada..Semua sedap! Kek adik saya yang 1 tahun dulu pun Auntie Fida yang buatkan..


Ni Auntie Rumiza yang bagi gambar kat Ummi masa saya dan kawan-kawan nak potong kek tu..

Best sangat dapat sambut birthday dengan kawan-kawan...


Last sekali, terima kasih cikgu bagi hadiah :) 


Wednesday, September 24, 2014

NAYLA......bila buli kucing

Hari ni saya nak cerita pasal adik saya , siapa lagi kalau bukan si kaki buli kucing Nayla..Hari-hari mesti dia buli kucing punya.Memang tu hobi dia. Tak boleh nampak kucing duk bersenang lenang. Kadang-kadang, anak-anak si Kiki tengah menetek pun dia amik selamba jer buat main. Kesian anak si Kiki tu.

Ni tengah mengajar Kiki  baca buku dia.comel kan..hahaha

Tengok..dah mula dah buli..Boleh dibuatnya si Kiki tu bantal pulak !!

Kasi tepuk-tepuk sket si Kiki tu..tengok tang tangan tu..Kemainnn laju dia tepuk..

Ok..gosok pulak..hahaha..kan saya dah kata dia ni pembuli kucing ..



Korang suka kucing tak ? Tak baik tau buli kucing..

Don’t let anyone convince you that your dreams are too big. 

Friday, September 12, 2014

NUHA......Bila Wau Bulan


Hari tu kat sekolah cikgu ajar cara-cara nak buat wau bulan. Cantik tak wau bulan saya ? Saya pun pandai jugak menari wau bulan cikgu yang ajarkan..hehehe


Wau bulan merupakan antara jenis wau yang paling popular di Malaysia. Kepopularannya didominasi oleh rakyat pantai timur di Semenanjung Malaysia.Bentuk jenis wau ini menyerupai bulan sabit pada bahagian hadapan dan separa bulatan pada bahagian ekornya. Justeru, wau tersebut kelihatan seperti bulan yang terbit di angkasa apabila diterbangkan. - Sumber Wikipedia

Friday, September 5, 2014

NAYLA bila...........Aksi Bawa Kereta

Salam Jumaat semua. Penutup hari minggu ni saya tayang gambar saya kat dalam kereta tengah berangan drive kereta. Biasa kalau Abah turun jer saya pergi kat seat Abah nak drive. hahaha

Selfie dulu seround :p

Bawak kereta tak boleh eh berdiri?

Macam ni pun tak boleh jugak ??

Ok laa..kalau tak boleh kan..

Macam ni OK?

Dah sedia je semua ?
Saya nak start engine ni :) 

Jom kita gi jalan-jalan yer..Bye semua !!!


Wednesday, September 3, 2014

NUHA bila.....Sambutan Hari Raya @ Tadika

OOTD @ Sambutan hari raya tadika saya..

Ummi saya pun datang jugak. Lepas jamuan hari raya, saya follow Ummi masuk ofiz :)



Tuesday, August 19, 2014

NUHA bila...........Report Card Day

Sebenarnya cerita ni dah lama. Sebab Ummi saya rajin sangat sampai tak sempat update blog saya, so jadi outdated la cerita ni.Report card day saya bulan Jun yang lepas. Macam tahun-tahun sudah, mesti Ummi jer yang datang tandatangan report card saya. Banyak yang Cikgu Mira bocorkan rahsia pasal saya kat sekolah.Cikgu cakap selalu cerita pasal adik yang suka buli saya kat sekolah dan selalu suruh cikgu pakaikan tudung belit-belit...huhuhu

Inilah Cikgu Kelas saya, Cikgu Mira. 

Inilah buku rekod saya perkembangan dan kemajuan saya. Saya kelas 6 Ikhlas tau :p

Cikgu tulis saya suka berkhayal dalam kelas :p  Dan tidak konfiden. Masa nyanyi malu-malu kucing jer tapi bila cikgu tak tengok kemain saya . Kat sini ada banyak B.

Yang ni semua A . Cikgu kata saya suka matematik. Bukan macam Ummi :p

Yang kat sini pun A semua. Cikgu kata time mewarna , saya mesti ralit sebab suka warna cantik-cantik sampai mata pelajaran mewarna habis pun tak siap-siap lagi..perangai kat rumah pun sama cikguuuu :p

7 hari yang saya ponteng sekolah samada demam atau balik kampung atau Ummi yang sakit..hahaha

\
Ni tempat amik report card tu di ruang legar tadika saya.

Akhir sekali Ummi datang jenguk saya kat kelas dan amik gambar saya dengan kawan-kawan.

Ramai kan kawan-kawan saya. Masa ni duk main jer sebab tak belajar sebab cikgu tengah jumpa ibu bapa. 

p/s;
Ummi says  : Terima kasih cikgu-cikgu TTAUiTM yang mengajar my Nuha sampai dah pandai membaca. Semoga my Nuha berjaya dan terus berjaya. Aaamiinn 

Monday, August 11, 2014

NUHA & NAYLA bila.............Hari Raya Aidilfitri 2014

Ni gambar raya saya berdua pada hari raya Aidilfitri. Macam gaduh kan ?
Nayla la langsung tak bagi kerjasama nak bergambar .Asyik nak lari ajer. So sorang ke kiri sorang ke kanan.Apa pun tak boleh...

Seksi baju adik saya kan .Dia sibuk nak main tu yang tak sempat nak bergambar.Tu dia jumpa marker pen nak main. Jangan conteng rumah Tok Ki dan Tok Ji sudah la...

Tengok muka Nayla tu. Spoil gambar jer kan ? Apapun Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf segala salah dan silap saya dan adik saya sepanjang berblogging ni yer...hehehe




Wednesday, July 23, 2014

NUHA bila...........Puasa dan Barbie Doll Elsa & Anna

Saya berpuasa buat kali pertama tahun ni. Setakat ni baru jer 3 hari saya tak puasa.Semoga saya puasa penuh saki baki ramadhan ni yang dah nak sampai hujung ni. Saya dah tak sabar nak balik kampung ni. 

Ni hari pertama saya sahur . Ummi gorengkan mee goreng 


Join the #MyModernMuse Instagram contest & you could win a RM620 Modern Muse gift set. 

Alhamdulillah, hari pertama lagi saya dah puasa penuh .Tapi hari kedua, gara-gara Ummi yang tak cakap kat cikgu ( ummi dah cakap cikgu tak dengar) waktu rehat cikgu ajak saya makan saya makan.hehehe. Kali kedua tak puasa, Ummi dan saya tak terkejut sahur dan kali ketiga saya tak puasa sebab sakit perut. 


Sebab dah puasa hampir penuh, hari tu masa di GM Plaza, Abah dan Ummi belikan saya barbie doll Elsa dan Anna. Saya punya barbie dengan accesories RM25 satu. Adik punya 2 barbie Anna dan Elsa dalam satu kotak, RM33 sekotak . Beli 2 sorang bagi tak berebut Ummi kata tapi adik terliur pulak accesories barbier saya...Sabar jer la..Bila saya malas nak puasa,Abah ugut nak hantar balik barbie dolls saya, so semangat saya naik puasa naik balik..hehehe

Friday, June 20, 2014

NUHA bila........Hari Bapa

Lama sungguh tak update blog ni. Ummi saya tengah busy bagaikan lebah sekarang ni. Ni pun nak share hadiah hari bapa yang saya buat kat sekolah dengan kawan-kawan. Terima kasih cikgu sediakan hadiah untuk Abah saya sempena hari Bapa hari tu. Ummi pun lupa hari bapa. Nanti kita tunggu gaji, kita celebrate hari bapa untuk Abah yer :) hehehe

'Selamat Hari Bapa Abah ' 
Kami sayang Abah dan Ummi pun sayang Abah jugak ! ( ummi paksa tulis :p ) 
Kad hari bapa yang saya sediakan dan cikgu sediakan hadiah pen untuk Abah :)



Adik tengah buat kad hari bapa untuk Abah jugak kot ni ..hehehe  



Dan selamat hari bapa juga buat Tok Ki- Tok Ki saya kat kampung dengan ucapan kita jumpa raya nanti yer..hehehe

Tuesday, June 3, 2014

NUHA bila........Model Designer Scarf Limited Edition Libresse

Hari tu adik saya jadi model Libresse Malaysia . Hari ni saya pulak lah jadi model sambil menggayakan limited edition scarf dari Libresse. Promosi ni dah lama , ni pun diorang nak habiskan stok kat Checkers, so Ummi beli sebab tahu saya suka pakai shawls. Jom la layan saya belanja selfie dengan scarf baru saya ni :)

Ni buat busyuk :p

Mata sepet :p 

Mata besar :p

Macam mana nak gayakan tudung ni ...

Ni Ummi saya punya :p 


Ini saya punya scarf . Credit https://www.facebook.com/LibresseMalaysia

Korang ada scarf ni tak ? 


Wednesday, May 7, 2014

NUHA & NAYLA bila.............Splash Pool

Hari minggu hari tu, Abah bawak balik parcel. Rupanya dalam tu ada Splash Pool yang Ummi belikan. Ganti kolam saya yang dah bocor dulu..


Ni hah kolamnya...

Saya dan adik dah tak sabar nak mandi..Air masih tak penuh lagi masa ni...

Adik baru bangun. Sengih2 bila masukkan dalam kolam. Seronok sangat..

Kemain lagi saya dan adik mandi...

Tengok adik saya tu. Tak pandang dah kamera sebab duk ralit tepuk air..hehehe


Lepas sejam baru naik mandi..


Yang best breakfast kat dalam air ni. Ummi suapkan pulut cawan ..Bertambah-tambah makan .

p/s:



Monday, May 5, 2014

NUHA bila....Hari Sukan

Tahun ni baru saya dapat join Hari Sukan tadika saya. Tahun lepas, sehari sebelum hari sukan, datuk saudara saya meninggal. Tahun ni saya masuk sukan acara pembuat jam. Kena lompat-lompat dalam gelung dan amik 2 nombor dan lekatkan pada jam kosong. Hebat kumpulan saya sebab menang. Ummi sibuk amik video .Tapi tak boleh pulak nak upload dalam blog. Lenkali saya masukkan yer. 



Adik saya pun tengok saya main sukan tahun ni. Ops sebutir nasi tu untuk siapa adik ? :p

Ummi dan adik selfie :p


Tengok adik senyum :p 

Sebelum main sukan ada perarakan. Saya jadi bunga matahari . 


Itu kawan saya Aimi jadi butetrfly. Aimi dah lama tak update blog :p


Ni sebelum acara dimulakan...


Dah saya menang jam tangan. 


Korang dah ada hari sukan ke tahun ni ?