Monday, October 16, 2017

NAYLA bila......Hari Sukan

Tahun ni Hari Sukan tadika saya buat kat Dewan Bola Tampar Seksyen 19, Shah Alam . Selalu masa kakak dulu buat kat tadika jer. So pagi-pagi lagi kami bersiap-siap nak pergi Hari Sukan. Seminggu sebelum tu saya beli kasut sukan baru sebab kasut saya dah tak muat. Mestilah warna pink yang menjadi pilihan saya . 

Saya masuk satu acara jer iaitu acara Bawa Bola dengan Gelung . Kumpulan saya dapat nombor ketiga.Terakhir. haha.Tak apa lah janji dapat Lantai. ( Read : Rantai ). Saya pelat R. Hahaha. Sebenarnya Ummi cakap tu pingat la bukan rantai. Jom lah tengok Hari Sukan sekolah saya.


Dewan Bola Tampar Seksyen 19. Masa ni saya tengah beratur kat belakang dewan untuk persediaan perarakan Hari Sukan sebelum  main sukan. 

Waktu perarakan. Nampak tak saya???

Zoom sket. Tu hah..Abah pun tak nampak saya mula-mula sebab Abah cakap nampak sama je. 
Macam lelaki Ummi kata saya bila pakai macam ni. 

Tengah tunggu untuk main sukan 

Layan video kat bawah yer


Saya malu nak tengok video ni sebab saya masuk lorong kumpulan lain .
Semua gelakkan saya :p

Saya dan pingat yang dimenangi

Ummi amik gambar macam-macam peel saya buat

Nak tunjuk pingat pun tak semangat


Tengok bila Ummi dan Abah bawa saya pergi playground..Memang hip hip horay lah
Berbeza terus ekspresi muka saya :p

Tengok saya ni..Berbeza dengan tadi kan. Saya sebenarnya takut Ummi dan Abah tinggal saya 


Boleh baca entry kakak saya masa dia Hari Sukan 6 tahun  dan Hari Sukan 4 tahun :) 

Tadika / Sekolah korang dah buat Hari Sukan ?