Tuesday, July 31, 2012

N.U.H.A bila....Gadis Kipas Tangan


Ni kipas tangan yang saya jumpa ! Rupanya, kipas ni adalah door gift untuk kawan-kawan Ummi dan Abah yang hadir majlis pernikahan diorang.






Adik saya nak enterframe jugak. Ni adik tipu-tipu nama dia :p

Persiapan raya macam mana ? Ceriakan raya anda dengan wall sticker dengan harga yang menarik.Klik sini laju-laju !



Selamat berpisah Auntie Niza, panjang umur kita bertemu lagi yer :)



p.s :

Ni gambar lama saya masa umur berapa bulan ntah , comel kan :) perasan ;p






Friday, July 27, 2012

Siri Bercakap Dengan N.U.H.A ...Ummi jangan mati




Nuha : Ummi, nanti kalau nak dapat adik , Ummi kena belah perut kan ? [ dia tahu sebab tunjuk jahitan pembedahan tu kat dia ;p]

Ummi : Yer lah. Kalau tak macam mana nak keluar.

Nuha : Ummi, jangan beranak. Jangan belah perut. Nanti kalau Ummi mati macam mana. Ummi jangan lah beranak. Ummi jangan mati.

Ummi : Nanti doktor jahit lah balik.

Nuha : Tak nak belah. Jangan bagi doktor jahit perut Ummi. [ siap menangis lepas tu ]


Beberapa hari sebelum tu

Nuha : Ummi, kalau adik dah keluar Ummi menangis tak ?

Ummi : Gembira lah . Mula-mula sakit perut dulu , arghh arghh [masukkan efek nak beranak kat situ ;p ]

Nuha : Tadi kata gembira.Kenapa sakit pulak ?

Ummi : Sakit lah dulu, baru gembira.

Nuha :  [ Muka tak puas hati. ]

p/s : 

Ummi says : My Nuha masih teringat-ingat agaknya Ummi yang menangis teruk masa 'adik' yang tak jadi tu dibuang dari perut Umminya tu agaknya..hehehehe

Tu kisah ectopic, boleh baca sini dan sini


Thursday, July 26, 2012

N.U.H.A bila........Tokki Dapat Bonus Raya?


PUTRAJAYA: Sebanyak 1.27 juta kakitangan awam akan mendapat duit raya apabila kerajaan mengumumkan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 yang dibayar pada pertengahan bulan ini.

Selain itu, kerajaan mengumumkan berita gembira untuk 590,000 pesara kerajaan yang akan menerima Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500.

sumber : sini

Tokki saya bekas pesara kakitangan awam tau.So,dapat laa duit raya  RM500. Ummi pulak dapat setengah gaji :) Best lah Tokki dan Ummi :)


Gambar ni pengalaman raya saya yang kedua. Masa ni umur setahun gitu. 
 
p/s:
 

Tahun ni, agak-agak berapa yer Tokki nak bagi duit raya kat saya? hehehehe.Mungkin kena kurang sket la kot sebab Pak Su saya dah dapat baby. Mak Su saya dah selamat melahirkan baby masa puasa hari pertama tu. Tahniah Paksu dan MakSu.


Wednesday, July 25, 2012

Siri Bercakap Dengan N.U.H.A ...Tabung Derma





Nuha : Kenapa orang lalu situ kena letak duit ?

Ummi : Nak bagi derma lah.

Nuha : Macam Upin tu ?

Ummi : Yer

p/s:

Ummi says : Bagus jugak dia tengok upin dan ipin , ada pengajaran . Depan mata dia pulak berlaku orang mintak derma tu kan. Semoga dia menjadi anak yang dermawan :)


Tuesday, July 24, 2012

Siri Bercakap Dengan N.U.H.A ...Adik





Ummi  : Nuha , nanti adik dah lahir nuha tido sorang-sorang yer.

Nuha : Tak nak , nak tidur dengan Ummi.

Ummi : Mana boleh, nanti adik nak hisap susu dengan Ummi macam mana.

Nuha : Adik tidur dengan Abah la.

Ummi : Kesian adik, tak dapat minum susu dengan Ummi .

Nuha : Abah tidur jer la sorang-sorang.

p/s:

Ummi says : Yang penting dapat tidur dengan Ummi. Tak kisah la tak dapat tidur dengan Abah pun.hehehehe


Monday, July 23, 2012

N.U.H.A bila...Telekung Sembahyang






Telekung ni saya pakai sekali setahun jer kot ;p Bulan puasa baru pakai balik. Kalau tak macam mana nak ikut Ummi dan Abah pergi terawikh. Hari ni Ummi dan Abah janji nak bawa saya pergi masjid.Korang pergi sembahyang terawikh tak ?


p/s:
Saham Akhirat - Derma untuk pembinaan Surau Presint Inang, Bukit Raja
Bank Muamalat Jawatankuasa Pembinaan Surau Presint Inang - 12040002833710

Friday, July 20, 2012

N.U.H.A bila...Selamat Berpuasa Di Bulan Ramadhan

Ini lukisan yang saya warnakan kat taska :) Warna-warni memang pilihan saya :)

Selamat berpuasa yer semua ! Saya dah tak sabar nak balik kampung jumpa Tok ki2 , Opah dan Tok Ji saya dan sepupu saya kat kampung tu. Eh, tak puasa lagi dah sebut raya pulak :p Baju raya sehelai pun tak der lagi ni. Pagi tadi, saya dah bagitau Ummi, saya nak baju raya warna merah tahun ni ! hehehe







Thursday, July 19, 2012

N.U.H.A bila..........Buku Princess Auntie Sharina

Hari ni nak tayang koleksi buku mewarna yang terbaru saya. Yang ni Auntie Sharina yang bagi, ex boz Ummi. Terima kasih Auntie !Sebenarnya 2 buah tapi Ummi saya sorokkan satu , bagi saya lain kali ;p Sabar jer lah !

Saya memang tengah gila barangan Princess dan Hello Kitty sekarang. So sedang elok la tu.

Balik-balik terus mula warna..


Abaikan la rambut yang messy-style tu ;p

Terima Kasih Auntie Sharina :)



Wednesday, July 18, 2012

N.U.H.A bila....Berjaya Tiup Belon




Ni kira rekod terbaru yang saya buat iaitu berjaya tiup belon ! Yeay !
Tapi Ummi yang ikatkan lah :)



p/s:

Sandal untuk hari raya boleh dapat kat sini.

Tuesday, July 17, 2012

N.U.H.A bila...Laptop Rosak



Bila laptop dah rosak, badan bear ni berguna untuk tegakkan laptop yang terkulai layu ditasik madu itu. 

Bijak tak saya ?


Mula-mula tak perasan Ummi snap pic saya, bila dah tahu, mestilah buat-buat ayu :p


Monday, July 16, 2012

N.U.H.A bila...Iphone 4S

As salam semua. Saya dah ada Iphone 4S. Ok tak. Bukan Ummi atau Abah punya tapi Mak Long saya punya :) Puas lah saya melayan main game kat handphone Mak Long tu. Nampak gaya memang Abah kena betul-betul kena belikan saya Ipad ;p Aipad pun tak mengapa :p


 Mula-mula baring...


Kemain saya layan sorang-sorang ajer :)

Sampai duduk pulak :)  Muncung mulut-mult Ummi cakap ;p

Sabar jer la yer :)


Abah, bila nak beli ipad?




Thursday, July 12, 2012

Siri Bercakap Dengan N.U.H.A ...Kerja

Hari sebelumnya 

Nuha : Ummi, Nuha rasa nak jadi cikgu.


Hari esoknya


Nuha : Ummi, kalau jadi cikgu kena duduk sekolah ker?

Ummi : Yer lah kena duduk sekolah lah. Kalau doktor kena duduk hospital. Kalau polis kena duduk balai polis, kalau bomba ke duduk balai bomba, kalau lawyer kena duduk mahkamah, bla bla bla

Nuha : Oh, kalau tangga kena duduk tepi tangga lah ?

Ummi : ??? ( gelak jer la :p) Tangga tu bukan kerja la Nuha .



Ummi says :Kalau Nuha jadi doktor pun bagus jugak :) Cikgu pun bagus, cita-cita Ummi dulu :p Apapun, semoga menjadi anak yang solehah :)



Wednesday, July 11, 2012

N.U.H.A bila.....Angry Bird


Ni kraf terbaru yang  saya buat kat taska.
Topeng  Angry Bird. Saya warnakan jer tapi cikgu yang lukiskan. Cantik kan ?





Monday, July 9, 2012

N.U.H.A bila....Bersama Model Majalah Mangga

Amacam ? Boleh jadi model majalah mangga tak sepupu-sepupu saya ni ? hehehe :)

p.s:


Ni 2 minggu lepas, diorang datang rumah saya sebab ada kenduri di Shah Alam. Saya seronok sangat bila mereka ada kat rumah saya. Bila semua dah balik, saya sedih sangat. Kesian btol kat saya .Cakap kat Ummi, dah jadi macam ni kat rumah kita sambil tunjuk 3 jari kat Ummi :p





 
 


Tuesday, July 3, 2012

N.U.H.A bila.........Tudung Bukan Ariani :)

Tudung ni Ummi belikan saya masa saya pergi Karnival Rakan Masjid Bandar Bukit Raja. Konon-konon nak pergi mewarna, bila sampai masa ada tinggal 5 minit lagi. Nasib baik dapat lukisan dan pensil warna free, so boleh la saya mewarna kat rumah. Sambil-sambil tu apa lagi, cuci mata lah dengan Ummi tengok booth yang ada.



RM10 sahaja tudung ni.


Baru sama dengan Ummi tudung ni :) Ada awning.


Eh, baby pun nak tumpang posing sekali ! sabar jer la :)