Friday, September 28, 2012

N.U.H.A bila..........Koleksi Topeng

Jom layan saya bersama koleksi topeng Ayah Long :) Satu jer saya punya. Gambar yang mula-mula ajer :) Tu pun topeng Ummi beli untuk kawan-kawan masa birthday saya hari tu :)

Peace !

 Spider gal ker ? :p


Close up :p



Catwoman sangat kan ?

 Bila lagi nak mancungkan hidung ;p



Thursday, September 27, 2012

N.U.H.A bila....Sambutan Hari Lahir Di Rumah

Ni kiranya kali kedua la sambutan hari lahir kat rumah. Pertama kali masa bulan puasa, Abah belikan kek Angry Bird kat pasar ramadhan dan yang terbaru, official sket masa Jamuan Hari Raya rumah saya lah. Layan gambar potong kek sudahlah yer :)


Saya dan kek hari lahir saya :)

 Kek Angry Bird kini boleh didapati di King's Confectionary  tau :) Yang macam ni RM 65 sekilo tapi Ummi saya ada voucher jadi RM55 ajer.



Terima kasih diucapkan kepada semua yang bagi hadiah hari lahir kat saya :) Nanti saya update gambar-gambar hadiah yang saya dapat yer :)
 


Tuesday, September 18, 2012

N.U.H.A........Sambutan Hari Lahir @ Taska

Hari tu seperti dijanjikan pada entry ini [klik sini], ini adalah sambutan hari lahir saya kat Taska saya. Hari sebelum tu , Ummi dah belikan kek siap-siap dan bagi cikgu simpan dalam peti ais kat taska. Pada hari tu, ( 2 Ogos 2012) Ummi tolong bawakkan goodie bag yang saya siap-siap packing malam sebelum tu untuk bagi kat kawan-kawan. 



Upacara potong kek :)



Tiup lilin pulak :)

Potong jangan tak potong :)


Ini kek yang Ummi saya beli kat King's Confectionary dengan Auntie Ad.


Siap posing dengan kek lagi :)

Close up sket :)

Terima kasih kepada Cikgu yang tolong amik gambar saya :)

Sambutan hari lahir kat rumah menyusul kemudian :)
 

 

Wednesday, September 5, 2012

N.U.H.A bila...............Selamat Hari Merdeka !

Selamat Hari Merdeka semua ! Tak lambat kot :p hehehe. Saya ada dua bendera. Kak Nabila , anak jiran saya yang bagi. Ingat nak suh Ummi pasang kat kereta , Ummi kata tak boleh pasang lah sebab tak der tempat nak letak. So saya buat main jer la dan amik gambar guna bendera tu .






Korang hari merdeka ada sambut kat mana-mana ker??

p/s:

Saya duk rumah ajer :p






Monday, September 3, 2012

N.U.H.A bila............iPAD

As salam semua ! Saya dah beli iPAD. Selalu Abah dan Ummi cakap kat saya, nanti gaji diorang nak belikan iPAD untuk saya. Lama sungguh saya tunggu tapi diorang tak gaji-gaji. Balik kampung hari tu, Tok Ki saya bagi duit raya. Ummi cakap, kalau nak beli iPAD saya kena bagi semua lah duit raya saya ;p Saya bagi satu keping ajer warna biru (RM50) , Ummi cakap mana cukup. Sabar jer la. Tak kan nak bagi semua 20 keping ni.Hish..


So, minggu lepas raya tu, kitorang pergi beli iPAD dengan Ayah Long sekali. Penat btol saya, diorang pusing-pusing dalam tu. Saya dah tak sabar dah nak main iPAD ni. Bila lagi nak beli. Penat dah saya try-try tapi tak jadi pulak. Akhirnya, jumpa yang Ummi dan Abah berkenan. Tapi pergi lagi tempat lain. Datang situ balik bila dah betul-betul puas hati !

Ni lah kedai yang kami beli tu

Sebelum tu Ummi sibuk ajak saya posing dah laa saya dah tak sabar nak main iPAD ni
Cuba teka mana yang saya punya ?  



Inilah yang saya punya. Bukan betul-betul iPAD pun Ummi cakap :p Boleh rujuk entry Ummi kat sini

Pertama kali guna ni :) Bestnya....

Ni saya berjaya main games ;p Seronok sangat laa tu :p

 Duit raya korang beli apa??

p/s:

Saya tak tahu yang diorang beli guna duit raya saya. Saya tanya Abah, Abah dah dapat gaji ke belikan nuha iPAD? Diorang gelak sakan...sabar jer la..