Tak sangka saya sudah 9 bulan hari ni. [
Kakak saya 9 bulan kat sini ] Hari tu Ummi tersilap kira umur saya. So saya boleh
merangkak masa usia 8 bulan sebenarnya. Sabar jer lah Ummi saya ni. Banyak makan semut kot :p Genap 9 bulan saya dah berjaya bangun sendiri pulak disamping dah berjaya duduk. Bawah ni 2 gambar pada hari berbeza. Kebetulan pakai seluar sama.
Sebelum ni saya berani bangun paras ni ajer .
Malam tadi nak masuk 9 bulan. Saya dah buat skill baru iaitu bangun pulak...Lepas tu saya dengan eksyennya jatuhkan badan macam tu. histeria jap Ummi saya. Nasib baik sempat grab saya sebelum jatuh :p
Abah cakap saya ni Ahmad Albab ker apa sebab suka main kat pintu. Sampai tergolek kat muka depan rumah ni pun dah biasa sebenarnya .Nak kutip selipar yang elok tersusun kat situ.
Satu lagi skill berdiri kat palang buaian ni..Satu tangan jer tu buat Ummi histeria jugak :p
Terjun tiruk macam ni memang aksi kegemaran saya...Kakak redha ajer saya panjat badan dia..padahal saya nak kutip kapas kat depan tu jer pun :p
Ini pulak kegemaran saya. Sepahkan surat khabar. (habit ni sama dengan kakak) Tengok laju tak laju pergerakan tangan saya sampai tak boleh dicapture oleh Ummi saya..hehehehe. Muka senyum :p Tak boleh blah Ummi kata.
p/s:
Salah takziah buat
Atia sekeluarga yang kehilangan nenda terchenta malam tadi. Al-fatihah...