Wednesday, August 17, 2016

NUHA & NAYLA...........Doctors In Making

Hari tu masa saya dan adik pergi Klinik Ajwa Seksyen 7, kat area situ ada jual mainan doktor ni. Dah lama saya minta . Malam tu Abah belikan. Sebenarnya dulu masa kecik-kecik saya dah ada mainan doktor ni. Boleh tengok saya masa kecik-kecik kat sini. Comel kan? hehe


Adik tengah memeriksa pesakitnya. Nama pesakit : Baby Busuk . 

Kemain lagi adik beria memeriksa pesakitnya

Macam mana adik ? Ada demam ke pesakit tu?


Saya tak dengar apa-apa denyutan jantung nya lah Ummi. Saya perlukan second opinion. 

Ok biar saya periksa pulak .. Doktor kakak pulak..


Eh doktor, ini ubat untuk pesakit bukan untuk awak


Oh yer ker.. masukkan dalam mulut baby busuk ni yer?

Yer lah..mulut dia ni lah..


Saya rasa baby busuk awak ni dah baik lah adik..


Alhamdulillah..saya gembira baby busuk saya masih bernafas. 


Ummi says: Sebelum tu adik yang jadi pesakit tapi adik asyik lari-lari tak mo kena check. Tu yang patung jer jadi pesakit senang tak bergaduh. Lepas tu kucing pun kena jadi pesakit pulak. Sabar jer la anak-anak janji korang tak bercekau . 

Thursday, July 28, 2016

NUHA & NAYLA bila..............Hari Raya Aidlifitri 2016

Boleh lagi ker nak tayang gambar raya. Boleh la yer. Tahun ni pagi raya kat rumah Opah dan Tokki saya. Pagi-pagi lagi saya dan adik dah bangun dan solat sunat Aidilfitri di Masjid Jamek Paka. Adik tak solat. Adik duk belakang jer. Pagi raya , saya dan adik pakai jubah yang Mak Long dan Ayah Long belikan dari Mekah. Tema raya tahun ni merah hitam lah. 



Gambar saya di pagi raya 


Gambar saya dan adik yang tak reti duk diam


Tengok susah betul nak duk bergambar elok-elok adik saya ni


Ni ok la sket.. 


Ni gambar satu keluarga. Masa ni adik saya nangis gara-gara Ummi dan Abah amik gambar berdua.

Boleh tengok kat entry raya belog Ummi saya kat sini yer -->

http://www.elissmie.com/2016/07/riang-ria-raya-aidilfitri-2016.html


Ini pulak baju raya hari kedua. Saya dan adik pilih sendiri warna dan baju hari raya. 


Kasut raya pun pilihan sendiri 


Layan jer la amik gambar saya dengan adik saya yang susah nak duduk diam tu 

Macam mana hari raya korang ? Meriah tak ? 


Friday, July 1, 2016

NUHA & NAYLA.............E Kad Raya 2016

Dikesempatan ini kami mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca blog kami. Kami akan balik kampung esok . Doakan perjalanan kami selamat sampai yer. Saya puasa penuh lagi setakat hari ni. Adik ada sekali bangun sahur siap makan makaroni lagi . hehehe.




Jangan lupa isi borang balik kampung disini yer :  http://www.cops.org.my/balik_kampung.php
dan serah kepada balai polis berhampiran dengan rumah anda yer. 

Monday, May 30, 2016

NUHA & NAYLA bila............Giant Bubbles @ Setia Park, Setia Alam City Mall

Dah beberapa kali jugak saya main Giant Bubbles kat Setia Park, Setia Alam City Mall ni. Giant Bubbles kat sini ada 3 jenis pilihan alatan yang boleh dipilih. Bermula RM3 , RM5 dan RM7. Rupanya harga ikut jenis alatan yang digunakan untuk buat bubble tu.

Ummi belikan yang RM3 sebab baru nak cuba main. Batang dia kecik comel jer. Alatan yang digunakan tu besi dan tali . Makin mahal makin besar talinya , so makin besar la giant bubblenya yer. Tapi guna alatan yang kecik pun boleh jadi besar jugak bubblenya. Kat situ ada promosi, kalau beli 2 bekas, percuma 1 bekas.Saya dengan adik siap berebut-rebut main. Dah la si adik tu mengelat, adik nak cuba katanya tapi terus tak nak bagi saya main. 



Tengok kemain dia mengejar buih yang saya buat


Seronok bila ada angin..Besar jadi buihnya


Main sama-sama dengan adik yang suka mengelat



Terselit gambar Abah kat sini


Celup dalam bekas macam ni yer adik..

Adik pulak main lepas tu asyik mengelat jer tak bagi saya main

 Kakak Nina pun ada sekali masa ni. Lepas main hantar Kak Nina naik komuter balik rumah dia.


Korang pernah main Giant Bubbles kat Setia Park , Setia Alam City Mall?

Wednesday, February 17, 2016

NUHA & NAYLA..........Pantai Paka, Terengganu

Kalau balik kampung mesti saya ajak Abah pergi pantai. Boleh kata hampir setiap hari la pergi pantai kalau balik rumah Tok Ki dan Opah kat Paka.Sampaikan Abah cakap tak ada kerja lain ker asyik nak pergi pantai. Yer lah, kat rumah saya mana ada pantai nak pergi selalu kan..hehehe

Biasa kitorang makan dulu keropok ke, ikan celup tepung ke kat gerai belakang tu. Lepas tu aktiviti main pasir dan kutip kulit kerang lah. 

Adik hilang pergi mana ntah

Oh tu adik..Fesyen apa ntah siap nganga-nganga mulut :p

Kerang yang kami kutip kat pantai Ummi masukkan dalam botol. Menarik kan??

Kemain lagi saya seronok sampai dekat nak maghrib main pasir. Memberontak bila Abah ajak pulang..

Gambar adik saya yang pertama dengan boat. Saya pernah amik gambar jugak dulu dengan boat.

Tengok saya tu merajuk sebab dah kena balik rumah Tok Ki dan Opah. Hari tu hari terakhir kami kat kampung. Dah kena balik rumah dah esoknya..yer lah...saya anak Selangor :p

Kampung korang ada pantai tak??


Wednesday, February 3, 2016

NAYLA bila.................Duta Kasut MediFeet, Shah Alam

Sementara tunggu Tok Ji dan Mak Long saya shopping kasut kat MediFeet, Shah Alam,  saya haruslah tumpang posing kat kedai ni. Layankan jer la yer. Sebenarnya ada kerusi yang disediakan kat situ tapi saya selesa lagi duduk atas kotak kat situ. Ummi boleh la bawa saya shopping selalu kalau perangai macam ni selalu kan. Behave jer dalam kedai sebab tak der geng sebab kakak saya tak ikut. 





Tok Ji saya gembira dengan kasut barunya :) 

Mak Long saya pun gembira dengan kasut barunya :) 

Ummi saya tumpang menyelit pulak..hehehe


Thursday, January 21, 2016

NAYLA bila.......................Model Baju Renang

Semalam saya jadi model spek,hari ni jadi Model Baju Renang lah pulak. Sementara tunggu kakak tengah belajar berenang tu, saya posing dulu kat tepi kolam. Kononnya nak mandi kolam lah lepas kakak habis kelas renang tapi akhirnya saya menangis kat tepi kolam tak nak masuk kolam. Sabar jer la perangai saya ni. Saya takut air..Hari tu tertelan air laut masa pergi Pulau Manukan, Sabah. huhuhu





Amacam ? Ada gaya model baju renang tak?



Wednesday, January 20, 2016

NAYLA bila............model spek

Kakak saya kata, gambar saya tak banyak macam gambar dia kat dalam handphone Ummi . So hari ni Ummi amik gambar saya dah buh dalam blog . Ni gambar malam semalam, masa ni kakak saya tengah bersiap nak pergi mengaji. Kita posing dulu yer sementara menunggu kakak saya bersiap. Ni spek mata kakak saya, saya pinjam jer. 

Aksi apa ntah saya pun tak tahu lah

Peace yo !

Peace yang tak jadi..hehehe

Qu puteh qu puteh barulah puteh ..hehehe

Ni dari kamera depan pulak. selfie la konon..

Ada jer aksi pelik-pelik saya ni Ummi cakap..

Layankan jer la...