Wednesday, February 8, 2017

NAYLA...... Sambutan Hari Lahir ke 4 @ Tadika

Tahun ni kali pertama saya sambut hari lahir kat Tadika dengan kawan-kawan. Dah la baru minggu kedua persekolahan.Bawah ni gambar yang cikgu bagi kat Ummi masa hari sambutan hari lahir saya kat tadika. Ummi tanya kenapa adik muka sedih jer, sebab adik nak bawak balik kek tu tak nak makan dengan kawan-kawan.Ummi cakap sabar jer la budak bertuah ni. hahaha. Layankan gambar saya dengan kawan-kawan. 







Kek saya :) Cantik sangat kan. Tempah dengan Auntie Fida . 




Tapi hari sebelum tu, saya sambut hari lahir kat rumah dengan kakak, Ummi dan Abah.Birthday saya jatuh hari Ahad. Isnin sambut kat rumah, Selasa baru sambut kat tadika. 



Ummi dan Abah belikan hadiah hari lahir kat saya baby kat tangan tu. Baby tu boleh nangis bila tekan-tekan. Sama macam kakak punya baby busuk tu. Yang ni saya namakan Baby Wangi. Ini koleksi dolls saya dan kakak saya. Banyak kan? 


Kakak pun dapat hadiah jugak , Meeto Doll.  Saya dan kakak pilih sendiri. Ummi beli kat instagram : https://www.instagram.com/the.dolls.shop/


Siapa yang kongsi bulan kelahiran dengan saya, Januari angkat tangan tinggi tinggi ?