Terima kasih Ayah Long belikan buku untuk saya. Adik saya sekali pun dapat tempiasnya :)
Tuesday, April 18, 2017
NUHA & NAYLA.......... Popular Sunway Putra Mall , Kuala Lumpur
Malam semalam kitorang pergi rumah Ayah Long dan Mak Long. Hari Ahad Ayah Long dan Mak Long bawak kitorang ke kedai buku Popular Sunway Putra Mall , Kuala Lumpur. Hari tu Ayah Long janji nak belikan saya buku kalau saya dapat nombor 1-10. Saya dapat nombor 8 sekolah kebangsaan dan nombor 3 sekolah agama. Tinggal Ummi dan Abah jer lagi tak tunaikan janji. hahaha
Labels:
hobby
Friday, April 14, 2017
NUHA & NAYLA.........Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur
Hari ni baru sempat nak upload gambar berposing kat dalam Sunway Putra Mall sementara tunggu tempat makan kosong. Menarik deko dia, dengan tema jepun lagi ni. Layankan la gambar-gambar saya dan adik saya kat sini yer :) Masa ni Ayah Long dan Mak Long belanja kami dinner di Teppanyuko,Sunway Putra Mall , Kuala Lumpur. Terima kasih Mak Long dan Ayah Long. First time juga saya merasa makan dengan chopstick.. hehehe.
Labels:
jalan jalan,
solid food
Monday, April 10, 2017
NAYLA bila........Sambutan Hari Lahir @ Tadika
Ada ke orang menangis sambil potong kek hari lahir? Mestilah ada.. Sayalah orangnya.. hahaha.
2 minggu lepas, tadika saya ada sambutan hari lahir untuk yang lahir bulan Januari - Mac. Sayalah salah sorangnya yang kena sambut hari lahir tu. Ibu bapa kena la bawa kek. Saya cakap tak nak bawa kek sebab dulu kan saya dah pernah potong kek kat tadika [ boleh tengok kat sini ] . Lawak betul saya ni. Kalau kakak saya, sambut hari lahir 16 kali setahun pun sanggup. Jom la layan gambar saya masa sambutan hari lahir hari tu .

Bergambar beramai-ramai
Cikgu tengah membuat persiapan
Semua dah tak sabar nak potong kek tapi saya buat selamba jer
Mula-mula tak nangis lagi
Saya dah ready nak potong kek
Tengah potong baru nak nangis. hahaha. Saya takut Ummi balik tinggal saya.
Kawan-kawan nyanyikan lagu birthday kat saya
Ramai kan kawan-kawan saya :)
Lupa nak cakap, terima kasih cikgu bagi hadiah birthday :)
Subscribe to:
Posts (Atom)