Thursday, May 31, 2012

N.U.H.A bila..............basuh kereta di Cuci @ Work

As salam semua. Hari ni nak tayang gambar saya posing-posing dengan sepupu saya Kak Nina, sempat lagi tu :p Masa ni Abah tengah basuh kereta di Cuci @ Work, Seksyen 7. Kat sini 6 kali cuci dapat percuma satu kali. Dan yang best dah 2 kali terlanggar kereta orang, dan bila cuci kat sini, mesti dapat tanggal punya !












p/s:

Petang ni saya akan pulang ke kampung halaman Ummi dan Abah..Tak sabar nak jumpa Tok Ji, Opah, Tok Ki2  dan saudara mara :)



Wednesday, May 30, 2012

N.U.H.A bila...Burger Maker

Salam semua. Hari ni saya nak tunjuk toy terbaru yang Ummi saya beli kat  Toys R Us ,Empire Shopping Gallery hari tu. Tujuan asal adalah nak beli koleksi motosikal berkuasa untuk Abah tapi tak der pulak yang Abah berkenan. So dapatlah saya mainan :p Mula-mula saya nak mainan lain, tapi setelah dipujuk akhirnya saya amik laa mainan ni.



Muka puas hati dapat mainan ;p Balik terus nak main ..Padahal sampai rumah dalam pukul 11 malam.


Eh, saya tak makan betul-betul. Ni namanya makan tipu-tipu...


Cantik kan burger saya :) Ni burger special namanya :)


Burger Maker = RM 34.95
Tambah Tub warna lain @ RM 3.45.

Toys R Us ,
Empire Shopping Gallery,
F01 & F02, First Floor, Jalan SS 16/1, Subang
Tel : 03-5637 4300

Tuesday, May 29, 2012

N.U.H.A bila.......I-City Shah Alam

Malam tadi saya ke I - City Shah Alam. Memang lama sungguh saya tak kesana. Malam tadi pergi sebab bawa sepupu-sepupu saya jalan-jalan. Diorang datang jalan-jalan cuti sekolah. Hari Khamis ni, kitorang nak balik kampung .Jom la layan gambar saya dan sepupu-sepupu saya yer, Kak Nina dan Abang Man :)




Bayaran masuk : 

6.00 pm - 6.00 a.m RM10

6.00 a.m - 6.00 p.m RM 1



 
Ni kat bawah Space walk. Tak naik pun. RM10 sekali naik untuk satu cable car tu dan kalau budak-budak macam saya kena lebih 90cm baru boleh naik. Saya dah lebih 90cm :) Boleh round-round sekitar I-City.


Ni pulak ferris wheel, RM10 seorang 

Yang kapal ni apa ntah namanya, RM5 seorang tak silap saya. 
Semua pun tak naik ;p 

Kat bawah ni, free jer la, tak perlu bayar so kita bergambar la sampai lebam :) Macam zoo pun ada gak, sebab ada banyak binatang ada kat sini.


Cekak rambut berlampu saya tu RM5. Ummi ada belikan untuk Kakak Aisyah sekali .

 Ni kuda :)

Eh, dinosour pun ada!

 Saya naik panda bear..tapi bulu dia tak gebu macam bear saya lah :p

 Jangan main-main, harimau pun ada :)



Macam princess dah saya rasa :)

Eh, abang man pun nak jadi prince yer ? :)

Lepas dah bergambar sana-sini, kitorang pun balik rumah la tapi semestinya kena bayar parking terlebih dahulu ...Sekian :) 



Tuesday, May 22, 2012

N.U.H.A bila....Model To Be With Hafiz Awan Nano :p

Ni lah Hafiz Awan Nano a.k.a baby saya :)

Jom layan jer la gambar saya dengan baby  :) 

saya pulak pakai spek :)

 Peace versi senget namanya ni :p

Peace yo !



Ok, ini gambar solo. Ada bakat tak jadi model? :p

Friday, May 18, 2012

N.U.H.A bila.........Dancing Queen :p


Jom layan saya menari ! Abaikan baju kelawar :p Amacam ? Boleh masuk sehati berdansa tak ?


Friday, May 11, 2012

N.U.H.A bila...D' Arab Cafe

Saya memang suka makan nasi arab. Selalu saya makan nasi arab, lamb kabsyah  :) Sekarang saya tinggal berdekatan dengan restoren D' Arab Cafe. So selalu hari minggu Abah akan belikan nasi arab la . Hari tu saya ajak Abah dan Ummi makan kat situ, tak nak bungkus macam selalu.


 Ni abah saya punya,  Lamb Kabsyah.

 

Saya kongsi dengan Abah ajer nasinya.

 

Posing dulu :)


Abah dah ready nak makan :)


Ummi tengah diet, so dia tak makan nasi. Dia makan shawarma. Fries tu dia tak makan, saya yang makan :p


Korang suka tak makan nasi arab ?






Thursday, May 10, 2012

N.U.H.A bila................Adik Baby

Layankan gambar saya dengan baby.. Dah pernah cerita pasal baby ni dulu kat sini :)


 Pandai kan saya pegang adik  ? :)


 Ummi, bila nak dapat adik betul...


Ummi says : Tengah berusaha nak ! :p





Tuesday, May 8, 2012

N.U.H.A bila...Durian Runtuh Peneroka 15 K

Apa kaitan dengan saya yer ? 




Dua-dua Tok ki saya adalah peneroka ok :)



Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemberian "durian runtuh" sebanyak RM1.689 bilion kepada peneroka FELDA berikutan penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia bulan depan.

Perdana Menteri berkata, pengagihan fasa pertama membabitkan RM5,000 kepada peneroka diikuti fasa kedua RM5,000 untuk isteri dan fasa ketiga RM5,000 untuk generasi kedua.

Beliau mengumumkan berita gembira itu di depan lebih 30,000 peneroka di padang FELDA Jengka 8, Pahang, sebentar tadi.

Sumber :  LINK

 p/s:


Syukur Alhamdulillah, maklumlah Ummi dan Abah saya tu generasi kedua felda..hehehee :) 
 


Monday, May 7, 2012

N.U.H.A bila..........KFC, it's finger lickin' good !

Lama dah tak makan KFC ni. Hari sabtu lepas, masa nak keluar dari Carrefour tu, kitorang lalu kat KFC. Terus saya cakap kat Abah nak makan KFC. Saya bukan makan sangat ayam KFC tapi lebih nak makan kulit ayam :p Siap kena paksa makan ayam tu, kalau tidak Ummi tak belikan dah lain kali..huhuhu



Saya yang suka buat muka :p

Dress : Sara Kids


Sedapkan ayam goreng KFC :))