Hari ni saya nak tayang hadiah hari lahir dari Ayah Long dan Mak Long saya. Sebenarnya dah lama mereka nak beli kasut untuk sata hujung minggu hari tu baru berkesempatan Ayah Long dan Mak Long beli. Mereka bawa saya dengan kereta baru Subaru XV ke Setia Alam City Mall tau :)
Ayah Long nak belikan saya snikers. Ayah Long berkenan dengan kasut Vans tapi tak der pulak saiz untuk saya yang menjadi pilihan Ayah Long iaitu Hello Kitty. So kami ke Converse. Tapi saya lagi suka yang ada heels :p Ayah Long cakap , macam mana kalau dia belikan snikers dan dan belikan sekali yang ada heels. Terus saya setuju dengan cadangan Ayah Long.
Sessi bergambar dengan kasut baru dalam Kedai Converse.
Cantik tak kasut saya ? Harga seratus lebih tapi less dapat Rm60 ++ sahaja.
Lepas tu masuk parkson dan saya memilih kasut dambaan hati saya pulak . Ini pilihan saya Cantik kan ? Kikilala RM 50++.
Bijak tak saya ? Dapat 2 kasut hadiah hari lahir :) Terima Kasih Ayah Long dan Mak Long yang selalu melayan karenah saya yang macam-macam ni. Semoga Allah tambahkan rezeki buat Ayah Long dan Mak Long.
wah bertuahnya .... dapat 2 pasang ... cantik plak tu
ReplyDelete