Sekarang adik saya dah besar sket. Dia pun dah pandai main dengan saya dan pandai jugak berebut barang mainan dengan saya. Ummi pun dah suruh saya angkat adik kalau adik menangis dan tak histeria masa saya angkat adik masa adik saya kecik -kecik dulu :p Inilah teman bergaduh dan teman bermanja saya. Saya sayang adik saya :)
Monday, December 30, 2013
Tuesday, December 24, 2013
NUHA bila..........Vitamin Percuma
Last week saya bawak balik vitamin percuma yang cikgu tadika saya bagi. So hari-hari saya makan vitamin ni lah. Hari tu saya dapat vitamin percuma dari Auntie Wan :) Tu pun saya suka. Tapi hari tu terpaksa Ummi beli baru sebab adik saya dia tuangkan vitamin saya yang Auntie Wan bagi tu kelantai.Aduhaiii...
Korang suka makan vitamin tak ?
ADS
Labels:
habit
Monday, December 23, 2013
NAYLA bila....Kena Buli
Assalamualaikum. Tengok gambar-gambar saya yang dipaksa oleh Kakak dan Ummi pakai cekak rambut. Rimas ok ! Kakak saya tengah pegang saya untuk Ummi amik gambar saya dengan cekak rambut kakak saya. Tapi saya meronta-ronta dan lepaskan diri dan buang cekak rambut tu. Kenapalah saya diperlakukan sebegini . Layan jer la :p
Labels:
habit
Thursday, December 19, 2013
NAYLA bila......Junior MasterChef In Making
Assalamualaikum. Sejak dua menjak ni saya mengikut ajer apa yang kakak saya buat. Saya memang seronok dapat main dengan kakak saya. Hobi terbaru main masak-masak. Ni Ummi amik gambar saya tengah main masak-masak sorang-sorang sambil tengok TV. Hebat tak hebat ni ??
Hari ni saya nak masak kari ayam lah..
Saya tengok cara-cara kat TV ni. Chef Nik Michael tengah ajar masak ni.
Kena kacau laju-laju yer...
Tengok walaupun periuk dah senget, maintain lagi kari saya tak tumpah tau !
Apa kena pulak dengan periuk saya ni..
laaa... jenama apa laa yang kakak saya beli ni. patutnya beli periuk tefal ...
Alaa..Boleh laa..dari tak der periuk kan....
Ok sambung balik mengari kita yer kawan-kawan...
Dah agak-agak masak tu boleh laa rasa yer kawan-kawan. Magik lagi ni..Telangkup periuk pun kari tak tumpah. Tu tanda dah masak laa tu :p
Ok dah sudah..Boleh laa hidang yer bersama roti canai :)
Korang pandai ke masak ?
Labels:
toys
Monday, December 16, 2013
NUHA bila.........OOTD #2
Ni OOTD saya jumaat lepas. Saya request nak pakai baju kurung hari tu. Ni baju kurung raya saya tahun lepas. Muat lagi.Baru jer pakai beberapa kali. Hari raya dan kenduri ajer. Lepas ni kalau tak muat boleh bagi adik pulak :)
Tengah bersiap-siap nak pergi tadika :)
Ok dah ready to go !
#OOTD #BajuKurungModenChiffon #FlowerRiptapeShoes
Labels:
fashionista blogger,
OOTD
Friday, December 13, 2013
NUHA & NAYLA bila...........Naik Kuda
Saya dan adik telah mengkuda-kudakan Abah saya . Mula-mula saya naik dulu . Lepas tu adik pulak datang kat saya nak naik jugak .Layankan ajer lah...
Masa ni Abah tengah baca surat khabar.
Adik saya seronok sebab ini pertama kali dia naik kuda
Tapi ni kuda pencen, tak bergerak . Statik ajer
Abah shy-shy cat Ummi amik gambar :p
Ok..dah -dah turun . Patah pinggang Abah.
Korang pernah naik kuda ?
Labels:
habit
Thursday, December 12, 2013
NUHA bila................OOTD #1
Ni OOTD saya hari ni . Ummi snap sebelum saya nak pergi tadika pagi ni :)
#OOTD #PallazoPants #KoreanStyleBlouse #ConverseSneaker
p/s:
OOTD = Outfit Of The Day you all !!
Labels:
OOTD
Tuesday, December 10, 2013
NAYLA bila......Samsung Galaxy Mega Ummi
Hari ini saya sudah berusia 11 bulan 2 hari. Bulan depan birthday saya lah kan ? Yeay !
Ada orang nak bagi hadiah ?
Pencapaian terbaru adalah sudah pandai guna touch screen :)
Kemain lagi saya kan bila dapat peluang pegang smartphone Ummi. Selalu saya tengok ajer...
Eh, nak telefon Tokki2 , Tok Ji dan Opah kat kampung lah ...
Labels:
habit
Wednesday, December 4, 2013
NAYLA bila...........10 Bulan
Lagi 4 hari lagi usia saya akan meningkat menjadi 11 bulan. Hari ni baru berkesempatan update progress saya.
Saya sekarang sudah ada 2 batang gigi. Saya suka makan nasi.Saya suka makan keropok. Saya dah pandai minum sendiri. Saya dah pandai minum dari botol yang ada straw. Saya sebenarnya dah boleh pegang botol susu tapi saya malas. Saya dah boleh duduk dengan baik. Saya dah boleh berdiri 10 saat tapi takut lagi untuk menapak. Saya dah boleh jalan pegang-pegang di sofa. Saya pernah jatuh katil. Saya pandai buli kakak especially bila dia tidur. Sekian progress saya sepanjang usia 10 bulan. Layan gambar saya pulak :)
Saya tengah minum air . Ni Ummi curi-curi amik gambar saya :)
Lepas dah minum, campak ajer botol tu kat situ :p Sambung main balik.
Saya suka tengok tv. kalau bunyi muzik terus tepuk tangan. Paling ralit tengok Thomas and Friend .
Ummi pulak buat bunyi cho cho...
Rambut saya panjang balik. Ummi bila nak potong macam hari tu ? hehehe :p
Dah boleh buat pokok kelapa. Nak tengok kakak saya berambut pokok kelapa ? tengok kat sini.
Tuesday, December 3, 2013
NUHA & NAYLA bila..........Aktiviti Bersama
Semalam, saya dan adik ada kat rumah dengan Ummi sebab Ibu Ana bercuti. Saya dari pagi sampai ke petang layan cerita kegemaran saya lah. Ummi layan korea sambil lipat baju dekat handphone dia.Dia download app Dramania semata-mata nak tengok cerita korea.Skang dia layan The Inheritors.
Ni saya amik gambar adik guna handphone Ummi.
Adik senyum jer bila saya amik gambar dia :)
Aktiviti menonton tv bersama dengan adik saya.
Dan aktiviti tidur bersama. Abaikan saya yang seksi ;p Suka buang baju bila nak tidur.hehehe
Ni gambar saya dan adik saya yang Ummi tocangkan rambut.
Saya dan adik yang tak nak amik gambar
Dah terlepas. Amik gambar adik sorang-sorang pulak.
Ni gambar pagi tadi pulak nak pergi hantar adik rumah pengasuh hari ni :) Adik jangan nakal-nakal tau duk umah Ibu Ana. Petang karang, Ummi, Abah dan kakak datang amik tau :)
Always dreamed of going to Hawaii? #RedBullMY can get you there! Find out how here:http://my.sharings.cc/p/5Fsmu
Labels:
habit,
personal stuff
Subscribe to:
Posts (Atom)