Sebenarnya cerita ni dah lama. Sebab Ummi saya rajin sangat sampai tak sempat update blog saya, so jadi outdated la cerita ni.Report card day saya bulan Jun yang lepas. Macam tahun-tahun sudah, mesti Ummi jer yang datang tandatangan report card saya. Banyak yang Cikgu Mira bocorkan rahsia pasal saya kat sekolah.Cikgu cakap selalu cerita pasal adik yang suka buli saya kat sekolah dan selalu suruh cikgu pakaikan tudung belit-belit...huhuhu
Inilah Cikgu Kelas saya, Cikgu Mira.
Inilah buku rekod saya perkembangan dan kemajuan saya. Saya kelas 6 Ikhlas tau :p
Cikgu tulis saya suka berkhayal dalam kelas :p Dan tidak konfiden. Masa nyanyi malu-malu kucing jer tapi bila cikgu tak tengok kemain saya . Kat sini ada banyak B.
Yang ni semua A . Cikgu kata saya suka matematik. Bukan macam Ummi :p
Yang kat sini pun A semua. Cikgu kata time mewarna , saya mesti ralit sebab suka warna cantik-cantik sampai mata pelajaran mewarna habis pun tak siap-siap lagi..perangai kat rumah pun sama cikguuuu :p
7 hari yang saya ponteng sekolah samada demam atau balik kampung atau Ummi yang sakit..hahaha
Ni tempat amik report card tu di ruang legar tadika saya.
Akhir sekali Ummi datang jenguk saya kat kelas dan amik gambar saya dengan kawan-kawan.
Ramai kan kawan-kawan saya. Masa ni duk main jer sebab tak belajar sebab cikgu tengah jumpa ibu bapa.
p/s;
Ummi says : Terima kasih cikgu-cikgu TTAUiTM yang mengajar my Nuha sampai dah pandai membaca. Semoga my Nuha berjaya dan terus berjaya. Aaamiinn
Good girl!
ReplyDeleteresult pon cantek.. hehehe