Monday, October 16, 2017

NAYLA bila......Hari Sukan

Tahun ni Hari Sukan tadika saya buat kat Dewan Bola Tampar Seksyen 19, Shah Alam . Selalu masa kakak dulu buat kat tadika jer. So pagi-pagi lagi kami bersiap-siap nak pergi Hari Sukan. Seminggu sebelum tu saya beli kasut sukan baru sebab kasut saya dah tak muat. Mestilah warna pink yang menjadi pilihan saya . 

Saya masuk satu acara jer iaitu acara Bawa Bola dengan Gelung . Kumpulan saya dapat nombor ketiga.Terakhir. haha.Tak apa lah janji dapat Lantai. ( Read : Rantai ). Saya pelat R. Hahaha. Sebenarnya Ummi cakap tu pingat la bukan rantai. Jom lah tengok Hari Sukan sekolah saya.


Dewan Bola Tampar Seksyen 19. Masa ni saya tengah beratur kat belakang dewan untuk persediaan perarakan Hari Sukan sebelum  main sukan. 

Waktu perarakan. Nampak tak saya???

Zoom sket. Tu hah..Abah pun tak nampak saya mula-mula sebab Abah cakap nampak sama je. 
Macam lelaki Ummi kata saya bila pakai macam ni. 

Tengah tunggu untuk main sukan 

Layan video kat bawah yer


Saya malu nak tengok video ni sebab saya masuk lorong kumpulan lain .
Semua gelakkan saya :p

Saya dan pingat yang dimenangi

Ummi amik gambar macam-macam peel saya buat

Nak tunjuk pingat pun tak semangat


Tengok bila Ummi dan Abah bawa saya pergi playground..Memang hip hip horay lah
Berbeza terus ekspresi muka saya :p

Tengok saya ni..Berbeza dengan tadi kan. Saya sebenarnya takut Ummi dan Abah tinggal saya 


Boleh baca entry kakak saya masa dia Hari Sukan 6 tahun  dan Hari Sukan 4 tahun :) 

Tadika / Sekolah korang dah buat Hari Sukan ? 

Thursday, May 11, 2017

NUHA bila.............Bekas Pensil dari Tin

Hujung minggu lepas, saya dan Ummi buat projek Dunia Seni Visual Tahun 3 saya. Hari tu masa kat kelas tak buat sebab saya tertinggal tin. Cikgu suruh buat sendiri kat rumah. Saya guna tin sardin. Abah yang tolong saya renjis dan percik warna air menggunakan berus pada kertas lukisan. Ummi tolong guntingkan kertas lukisan dan saya tampal kat tin. Sebenarnya Ummi dan saya buat sorang satu konon-konon bertanding lah. Lupa pulak amik gambar tin Ummi punya. Tapi Abah cakap saya punya lagi cantik dari Ummi punya. Gembira sakan saya. Dah bawak pergi sekolah tunjuk kat cikgu dan cikgu bagi saya A lagi :) Jom la tengok hiasan tin saya yer. 




Tuesday, April 18, 2017

NUHA & NAYLA.......... Popular Sunway Putra Mall , Kuala Lumpur

Malam semalam kitorang pergi rumah Ayah Long dan Mak Long. Hari Ahad Ayah Long dan Mak Long bawak kitorang ke kedai buku Popular Sunway Putra Mall , Kuala Lumpur. Hari tu Ayah Long janji nak belikan saya buku kalau saya dapat nombor 1-10. Saya dapat nombor 8 sekolah kebangsaan dan nombor 3 sekolah agama. Tinggal Ummi dan Abah jer lagi tak tunaikan janji. hahaha


Terima kasih Ayah Long belikan buku untuk saya. Adik saya sekali pun dapat tempiasnya :) 


Friday, April 14, 2017

NUHA & NAYLA.........Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur

Hari ni baru sempat nak upload gambar berposing kat dalam Sunway Putra Mall sementara tunggu tempat makan kosong. Menarik deko dia, dengan tema jepun lagi ni. Layankan la gambar-gambar saya  dan adik saya kat sini yer :) Masa ni Ayah Long dan Mak Long belanja kami dinner di  Teppanyuko,Sunway Putra Mall , Kuala Lumpur. Terima kasih Mak Long dan Ayah Long. First time juga saya merasa makan dengan chopstick.. hehehe. 















Monday, April 10, 2017

NAYLA bila........Sambutan Hari Lahir @ Tadika

Ada ke orang menangis sambil potong kek hari lahir? Mestilah ada.. Sayalah orangnya.. hahaha.
2 minggu lepas, tadika saya ada sambutan hari lahir untuk yang lahir bulan Januari - Mac. Sayalah salah sorangnya yang kena sambut hari lahir tu. Ibu bapa kena la bawa kek. Saya cakap tak nak bawa kek sebab dulu kan saya dah pernah potong kek kat tadika [ boleh tengok kat sini ] . Lawak betul saya ni. Kalau kakak saya, sambut hari lahir 16 kali setahun pun sanggup. Jom la layan gambar saya masa sambutan hari lahir hari tu .



Bergambar beramai-ramai


Cikgu tengah membuat persiapan 


Semua dah tak sabar nak potong kek tapi saya buat selamba jer


Mula-mula tak nangis lagi 

Saya dah ready nak potong kek


Tengah potong baru nak nangis. hahaha. Saya takut Ummi balik tinggal saya.


Kawan-kawan nyanyikan lagu birthday kat saya


Ramai kan kawan-kawan saya :) 

Lupa nak cakap, terima kasih cikgu bagi hadiah birthday :) 



Tuesday, March 14, 2017

NAYLA... Aktiviti Mewarna @ Tadika

Sekarang ni, boleh dikatakan hari-hari bila Ummi jemput dari tadika mesti ada hasil seni atau kraftangan yang saya bawa balik. Biasanya mewarna lukisan lah. Jom tengok apa yang saya buat kat sekolah tadika saya ni yer :) 



Ni dalam kereta dengan Ummi masa balik sekolah sewaktu jam. Posing dengan hasil seni. 


Lukisan bunga


Lukisan burung hantu


Lukisan gajah


Origami Baju 


Saya dengan kakak saya ni lebih kurang sama. Suka mewarna dengan warna warni. Lukisan kakak saya masa sebaya saya dulu http://elissmiejunior.blogspot.my/2012/03/nuha-bilalukisan-abstrak.html

Wednesday, February 8, 2017

NAYLA...... Sambutan Hari Lahir ke 4 @ Tadika

Tahun ni kali pertama saya sambut hari lahir kat Tadika dengan kawan-kawan. Dah la baru minggu kedua persekolahan.Bawah ni gambar yang cikgu bagi kat Ummi masa hari sambutan hari lahir saya kat tadika. Ummi tanya kenapa adik muka sedih jer, sebab adik nak bawak balik kek tu tak nak makan dengan kawan-kawan.Ummi cakap sabar jer la budak bertuah ni. hahaha. Layankan gambar saya dengan kawan-kawan. 







Kek saya :) Cantik sangat kan. Tempah dengan Auntie Fida . 




Tapi hari sebelum tu, saya sambut hari lahir kat rumah dengan kakak, Ummi dan Abah.Birthday saya jatuh hari Ahad. Isnin sambut kat rumah, Selasa baru sambut kat tadika. 



Ummi dan Abah belikan hadiah hari lahir kat saya baby kat tangan tu. Baby tu boleh nangis bila tekan-tekan. Sama macam kakak punya baby busuk tu. Yang ni saya namakan Baby Wangi. Ini koleksi dolls saya dan kakak saya. Banyak kan? 


Kakak pun dapat hadiah jugak , Meeto Doll.  Saya dan kakak pilih sendiri. Ummi beli kat instagram : https://www.instagram.com/the.dolls.shop/


Siapa yang kongsi bulan kelahiran dengan saya, Januari angkat tangan tinggi tinggi ? 



Monday, January 16, 2017

NUHA & NAYLA..........Rutin Tahun 3 dan Tadika

Assalamualaikum Semua. Dah jumpa kembali di Tahun 2017. Welcome 2017.Lama tak bersiaran. Rutin saya sama macam tahun lepas. Sesi sekolah agama masih di sebelah pagi macam tahun 2. Sekolah kebangsaan sebelah petang. Tahun 2017, saya dilantik menjadi pengawas sekolah kebangsaan. 


Balik sekolah baru Abah boleh snap gambar saya dengan baju pengawas



Gambar minggu kedua persekolahan. Tengah bersiap nak turun rumah. Tahun ni Abah yang hantar saya pergi sekolah. Kalau hari hujan, Ummi hantarkan. Ummi kena hantar adik ke tadika pulak tahun ni. Adik pulak dah masuk minggu ketiga masih nangis lagi. Tapi seronok dapat kawan-kawan. Ummi pun tak faham  , dia ni seronok ke tak seronok pergi sekolah.

p/s;

Ummi doakan anak-anak Ummi diberi kefahaman untuk menerima pelajaran dan mendapat ilmu yang bermanfaat. Aaminn