Tuesday, April 24, 2012

N.U.H.A bila..............Hari Sukan

Hari Sukan Taska saya berlangsung pada Sabtu lepas, 21 April 2012. Saya terpaksa bangun macam biasa. Selalu hari Sabtu, lambat sket saya bangun. Lepas dah bersiap , saya dan Ummi pergi taska saya. Abah pergi kerja lah macam biasa.



Mula-mula kena senamrobik dulu sebelum memulakan acara sukan ni.

Saya tak buat pun apa yang instructor buat, saya tengok ajer. Mungkin topeng muka tu buat tak selesa :p

Sebenarnya, ada sorang auntie yang bagi arahan untuk senamrobik tu.

Topeng saya dah dibetulkan.


Masa ni baru ikut sket lepas cikgu betulkan topeng angry bird yang tak berapa nak angry tu ;p

Ewah, senamrobik macam bersilat gitu ;p


Acara yang saya masuk adalah Kepit kepit sayang. Kena kepit belon dan meniti atas tapak kaki tu.

Lepas dah hantar belon ke sana, saya lari laju-laju tapi kumpulan saya dapat no 2 saja.

Lepak-lepak minum dulu dengan kawan saya.


Taska Impian Cemerlang, TTAUiTM


Hadiah disampaikan oleh Datin Prof. Dr. Hamizah Abdul Hamid, penaung TTAUiTM iaitu isteri kepada Dato’ Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar

Muka happy gitu dah dapat hadiah :)

Itu jerlah saya nak cerita pasal hari sukan taska saya :)

Korang pernah main sukan ?

2 comments:

  1. comelnye~ pandai nuha main sukan.. mesti ummi bangga..:)

    ReplyDelete
  2. salam kenal.comelnyee dia.i dah follow blog kiut ni.follow i balik ye tq..;D

    ReplyDelete

Terima kasih sebab sudi bagi kiss kat saya (: lagi banyak kiss lagi saya suka :*

xoxoxo,

Nuha & Nayla