Wednesday, January 2, 2013

N.U.H.A bila.........Hari Pertama Tadika


Hari ni hari pertama saya sekolah tadika. Puas Ummi pujuk saya untuk pakai baju sekolah. Saya cakap saya tak nak jadi besar. Saya takut tak pandai baca dan kena marah dekat guru besar ( pengaruh upin ipin betul )  dan kena mandi sendiri. Saya tak nak masuk universiti , saya tak nak kawen. Saya tak nak baby! Pening Ummi saya. Akhirnya, berjaya jugak Ummi pujuk saya pakai baju sekolah ni. Masa nak pakai selipar, cakap dekat Ummi, saya tak der selipar kuning .  Abah cakap nanti belikan sandal kuning untuk saya.Saya dan beg barbie pilihan saya, bersedia nak pergi sekolah  :)

Masa saya sampai sekolah tadi, turun macam biasa dan tiada drama air mata. Lega la Ummi saya.

Ada perhimpunan Ummi saya tengok dalam jadual . Ini la rupanya perhimpunan tu. Gambar dari fb kawan Ummi saya :), Auntie Parizah :) Terima kasih auntie.



3 comments:

  1. yeah....dah sekolah dah.....atia tahun depan

    ReplyDelete
  2. alahai nuha..sungguh kiut alasanmu nak..'takmo kawen', 'takmo baby'...hahaha..dramatik & dramatis sungguh :D

    ReplyDelete
  3. hahahahaha... nasib x de drama air mata.. hahaha.. comel~

    ReplyDelete

Terima kasih sebab sudi bagi kiss kat saya (: lagi banyak kiss lagi saya suka :*

xoxoxo,

Nuha & Nayla