Thursday, July 4, 2013

NUHA bila.......Demam

Semalam saya tak pergi sekolah sebab demam. Mungkin gara-gara jatuh depan rumah lepas beli Yakult dari Auntie Yakult tu. Tu lah sebab saya berlari laju-laju nak tayang buku yang Auntie Yakult tu bagi kat Ummi sekali gedebuk jatuh macam nangka busuk.

Nasib baik Ummi suh tuam dengan ais kat pipi dan dahi saya yang lebam. Seb baik Ummi cepat bertindak selepas membebel kat saya. Kalau dah mesti lagi biru dan bengkak :p

Ni time kat DEMC. Tengah tunggu giliran amik ubat.

Dah lama tak demam . Semalam suhu saya 38 darjah celcius.
Hari ni dah pergi sekolah sebab demam dah kurang. Berat terkini saya 21 kg :p

Semalam adik pergi sekejap ajer lah rumah Ibu Auntie Ana. Adik pun tak mo tidur bila saya ada. Nak main-main ajer.





1 comment:

Terima kasih sebab sudi bagi kiss kat saya (: lagi banyak kiss lagi saya suka :*

xoxoxo,

Nuha & Nayla