Wednesday, July 28, 2010

N.U.H.A bila..................luahan hati Ummi

 Hari ni, saya terbaca di belog Ummi, betapa banyak perkara yang perlu diubah dan berubah untuk menjadi Ummi kepada saya.Saya sharekan dengan kawan-kawan semua yer.Hargailah Ummi sementara masih ada.

Izinkan saya copy paste yer Ummi :)


Rasanya pengalaman bergelar isteri dan ibu adalah perkara baru yang terjadi dalam hidup aku ni dan memberi kesan positif secara tidak langsung. Almaklumlah, hidup bujang selama 25 tahun.Tiba-tiba, I'm Not Single anymore :) Dan pada usia, 26 tahun, aku sudah bergelar ibu.Terasa sungguh drastiknya perubahan yang terjadi kepada aku.Walau apa jua yang berubah dan perlu diubah, semuanya memberi kesan positif pada aku.


 Hari dimana, aku tidak lagi single .
Saat dimana aku sah bergelar isteri kepada jejaka disebelah.I'm taken ok! :p


 Hari dimana, saat aku bergelar ibu.Nur Nuha Humayra, puteri kesayangan hamba.

-pssst, cantik tak saya masa baby dulu??


Apa yang perlu diubah dan berubah bila sudah jadi isteri dan ibu?

1) Memasak - Selama ni memasak adalah ikut suka tekak aku ajer tapi bila dah kahwin dan ada anak, semua nak kena fikir.Yang kecik ni tak boleh makan pedas, yang besar ni plak suka makan pedas.End up, aku masak dua jenis lauk yang berbeza untuk dua insan tersayang kat dalam rumah.


Positifnya : Skill memasak kita dapat dipertingkatkan.

2) Rutin harian - Ni memang totally berubah lah.Kalo weekend la especially, aku biasa membuta plak lepas subuh, tapi bila dah ada anak, pagi-pagi kena bangun, mandikan anak dan siapkan breakfast untuk anak. Selalu pergi kerja, terus sampai ofiz.Ni bila dah ada anak, kena hantar pergi nursery dulu pastu baru pergi ofiz.Petang plak sibuk tengok jam, sebab nak pergi amik anak kat umah pengasuh.


Positifnya : Kita mampu mengubahnya yang penting dimana ada kemahuan , disitu ada jalan.

3) Shopping - Selalu keutamaan dalam bershopping mestilah untuk diri sendiri, tapi bila dah ada anak, baju anak, susu anak , diaper anak yang diberi keutamaan.Handbag mak, kasut mak, baju mak dah jadi list yang terakhir dalam senarai yang perlu dibeli.

Positifnya : Kita dapat membezakan yang mana betul-betul keperluan, dan mana satu kehendak semata-mata.

4) Masa tidur - Ni pun masa awal-awal ada anak memang time management untuk tidur adalah tidak betul.Pergi ofiz asyik mengantuk ajer macam baru-baru kahwin.hehehe.Apakah? Dah lah aku dulu jenis spesis tidur mati, letak bom sebelah telinga pun tak dengar.Sebab aku bukan fully breastfeed, so ada masa anak aku tanak breastfeeding, gigih bangun pagi-pagi buta buat susu anak.Tapi bila dah besar, dia nak main pulak sampai ketengah-tengah malam.huhuhu.Layankan ajer..

Positifnya : Kita tahu yang mana penting perlu diutamakan, tak boleh ikut nafsu semata-mata , nafsu tidur tuh.

5)Aktiviti kekeluargaan - Yang ni part yang paling best lah, selalu kita fikir diri kita sahaja tapi bila dah ada keluarga, mesti nak buat jugak party untuk celebrate event-event yang penting dalam keluarga contohnya anniversary dan birthday. Dan ada yang rajin memberi hadiah, siapalah lagi my hubby lah.Kalo join event , atau pergi holiday, mesti nak angkut sekali family kita.


Positifnya : Kita dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

6) Memanjakan diri - Kalo masa single dulu, aku ni suka jugak buat facial tapi buat sendiri kat rumah lah.Pakai mask dan makeup .Tapi sekarang, kalo sempat ajer aku calit sket lipstiks dan tampal bedak ke muka. Kalo dapat pergi spa kasi urut satu badan skang ni rasanya nikmat sangat kan?


Positifnya : Jimat duit my hubby :p

 7) Pembahagian kerja rumah - Selama ni hidup sorang, memang buat sendiri semua benda A-Z tapi bila dah bersuami dan beranak, aku dan my hubby sama-sama buat kerja rumah.So,tadak lah penat sangat kan.Yang ni kena ada tolak ansur lah antara suami dan isteri.My hubby lak jenis tak boleh tengok rumah macam tongkang pecah while aku adalah pemalas sket.Ayat membunuh namanya ni.muahahaha.

Positifnya : Kita mesti bertolak ansur dalam semua keadaan, dan tak boleh nak mengharapkan sebelah pihak saja yang bertolak ansur.

 8) Blog - Yang ni memang totally berubah lah.Apabila dah berubah status dari single kepada isteri dan ibu, update pun siap tulis pasal mereka lah kan dalam belog. Aku siap buat belog sendiri lagi untuk anak aku, tu memang perubahan yang besar sangat lah dalam berbelog.Ini Belog anak aku.


Positifnya : Banyak lah idea kita nak membelog sebab ruang lingkup kita dah luas, betul tak?

Walaupun apa jua yang berubah dan perlu diubah, aku bahagia menjadi isteri dan ibu.So,cepat-cepatlah kahwin bagi yang masih single tu untuk merasai segala nikmat selepas berkahwin .Halal gitu! Tak siapa pun nak marah kita buat apa pun dan nak pergi kemana.


 Seakan dunia milik berdua wa cakap lu :)


eh,silap, bertiga :)

Pendapat korang plak macam mana?
Apa yang perlu diubah dan berubah bila sudah jadi isteri dan ibu?
Apa kesan positifnya?


psst : Entry ini ditulis oleh Ummi saya sebagai penyertaan untuk contest oleh Auntie Hanz.

The New You! Giveaway by TheHoneybunch
Sponsored by : Due Date : 30th of July by 12 noon.

all pics credit to google images.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi bagi kiss kat saya (: lagi banyak kiss lagi saya suka :*

xoxoxo,

Nuha & Nayla