Monday, July 29, 2013

NAYLA bila..........Cubaan merangkak

Dari minggu lepas lagi saya telah membuat cubaan merangkak tapi tidak pernah berjaya. Tapi sehari dua ni dah menapak setapak ke depan :p Bila nak expert ni. Saya dah tak sabar nak follow Ummi ke dapur. Seronok tengok Ummi masak kat dapur. Tapi Ummi letak dalam walker lah. Saya tak suka duk luar sebab kakak saya bila dah start tengok tv , dia bukan layan saya pun. Bila saya nanges ajer dia cepat-cepat pergi kat saya. Tu pun Ummi yang terpaksa remind kat dia. Tunggulah saya besar sket, nanti saya nak main mainan kakak. 


On your mark, get set....


Go..tak bergerak-gerak pulak..hehehe


Ok, saya main remote jer la..Ish, jauh pulak Ummi letak.

Menggunakan seluruh tenaga..ishhh..Sket lagi nak sampai ni..

Remote, mai laa sini..mai laa. 

Kakak saya dulu pun suka main remote : boleh baca kat sini .


Thursday, July 25, 2013

NUHA bila..........Rumah Tinggi

Jom tengok hasil karya saya. Dah lama tak tayang kan. Sekarang saya dah pandai lukis rumah tapi saya lukis rumah saya kurus dan tinggi . Macam rumah Ayah Long saya pulak padahal rumah saya mana ada tinggi. hehehe. Jom layan...


Inilah rumah saya. Ada 4 orang kelihatan, saya, adik saya, Ummi dan Abah. 
Cuba teka yang mana satu saya ? 


Tuesday, July 23, 2013

NAYLA bila..............Preloved Walker

Hari tu Ummi dah tension time berbuka sebab saya nak duduk dekat-dekat dengan orang makan. Selalu saya tahu tidur ajer. Tapi skang ada kalanya waktu berbuka saya nak tengok sekali diorang makan. Abah saya telah keluarkan walker kakak saya untuk saya duduk. Tapi kakak yang lebih-lebih excited sebenarnya. Dia tak sabar-sabar suh abah pasangkan bateri pada walker tu untuk bagi saya dengar muzik. Sebab dah lama walker tu, rupanya muzik dia tak berfungsi. Kakak saya frust sampai nak menangis. hehehe. Apalah kakak ni. Saya dah seronok dah duduk dalam ni.


Dah seminggu saya guna walker ni. Sekarang saya dah pandai gerakkan sendiri tau.


Kalau saya bosan, saya menjerit suh angkat keluar :p Tak boleh duk lama-lama sebab saya jenis cepat bosan.


Ini adalah walker kakak saya dulu :) Boleh baca kisah dia disini .



Macam mana anak korang ubah hidup anda. Hantar cerita dan sini dan menang hadiah RM12K  


Tuesday, July 16, 2013

NUHA & NAYLA.......First Hair Cut







Kisah saya dan adik boleh baca kat belog Ummi yer : http://www.elissmie.com/2013/07/pengalaman-potong-rambut-anak-anak-di.html



Monday, July 15, 2013

NAYLA bila...........bawah meja

Ummi bangun dari tidur tengok saya tersengih-sengih bawah meja makan umah Ayah Long saya..hehehe

Dia snap gambar saya dulu sebelum selamatkan saya yang dah stuck tak tau nak keluar dari kerusi meja makan ni macam mana...sabar jer lah kan.

Kakak saya dulu pun suka duk bawah meja : tengok kat sini




Thursday, July 11, 2013

NUHA bila...........Karnival Kesihatan UiTM

Hari tu saya dan kawan-kawan tadika saya menyertai pertandingan mewarna di Karnival Kesihatan UiTM.

Kalau tak dapat balik beraya, boleh send mohon maaf kat sini dan menang hadiah :) 

Pusat Kesihatan UiTM dengan kerjasama Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) yang menganjurkan Karnival Kesihatan UiTM sempena Sambutan Bulan Inovasi UiTM 2013 pada:

Tarikh : 20 Jun 2013 - 22 Jun 2013
Masa : 9:00 pagi - 4:00 petang
Tempat : Anjung Seri Budiman (Annex) & Foyer Menara SAAS

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang karnival berlangsung pada 20 - 22 Jun 2013 adalah:

Forum bertajuk "THE BENEFIT OF SMOKING" pada 22 Jun 2013
Pemeriksaan Kesihatan PERCUMA (Tekanan Darah, BMI & Glucose)
Pemeriksaan Gigi PERCUMA
Kempen Derma Darah
Pertandingan Mewarna untuk Kanak-Kanak
Pertandingan Kanak-Kanak Sihat 5 & 6 Tahun
Pemeriksaan Mata PERCUMA
Pendaftaran Kafe@teen LPPKN
Pelbagai aktiviti menarik di jalankan di setiap 'Booth' pameran & jualan

Jom tengok lukisan yang saya warnakan.



Cantik kan ? Warna warni gitu 

Tu pensil warna yang saya gunakan yang dibagi percuma dan dapat hadiah mewarna tu. 

Sekarang hasil karya saya , Ummi lekatkan di dinding peti ais rumah saya..



Tuesday, July 9, 2013

NAYLA bila........Demam & Makanan pertama

Semalam giliran saya pulak demam. Saya demam sebab kena cucuk sekali lagi untuk 6 bulan hari sabtu lepas. Hari ni saya berusia 6 bulan 1 hari.Hari ni dah tak demam dan harap-harap saya tak demam lagi. Doakan saya yer semuanya :)


Saya memang suka hisap 2 jari sekaligus berbanding dulu 4 jari.

Sabtu lepas jugak adalah hari pertama saya makan. Ini suapan kali pertama oleh kakak saya :)


Ini puree epal . Hari kedua saya makan puree buah pear. 
Saya suka pear berbanding epal sebab epal fiji yang Ummi beli tu tak berapa manis :p

Lepas ni Ummi nak masak apa yer untuk saya ?



Thursday, July 4, 2013

NUHA bila.......Demam

Semalam saya tak pergi sekolah sebab demam. Mungkin gara-gara jatuh depan rumah lepas beli Yakult dari Auntie Yakult tu. Tu lah sebab saya berlari laju-laju nak tayang buku yang Auntie Yakult tu bagi kat Ummi sekali gedebuk jatuh macam nangka busuk.

Nasib baik Ummi suh tuam dengan ais kat pipi dan dahi saya yang lebam. Seb baik Ummi cepat bertindak selepas membebel kat saya. Kalau dah mesti lagi biru dan bengkak :p

Ni time kat DEMC. Tengah tunggu giliran amik ubat.

Dah lama tak demam . Semalam suhu saya 38 darjah celcius.
Hari ni dah pergi sekolah sebab demam dah kurang. Berat terkini saya 21 kg :p

Semalam adik pergi sekejap ajer lah rumah Ibu Auntie Ana. Adik pun tak mo tidur bila saya ada. Nak main-main ajer.





Tuesday, July 2, 2013

NAYLA bila.......Headband Bunga Besar

Ini headband yang Ibu pengasuh saya bagi. Ummi amikkan gambar saya dengan headband baru saya ni. Jom layan. 


Mula-mula saya ok lagi.

Pandang kanan.

Pandang tepi pulak.


Ummi selimut pulak kain tuala tadi

Main-main dengan tuala. Saya dah habis sabar dah ni..


Ada ker suh saya tidur pulak atas selimut ni. Saya ni nak tidur dah Ummi...

Ok, saya dah give up. Saya boikot sama Ummi. Malas nak pandang kamera dah :p


Ni hari sebelumnya, saya tidur ajer masa Ummi amik gambar ni. Maklumlah baru balik berjalan ke Carrefour dengan Ibu pengasuh saya :p



Monday, July 1, 2013

NUHA vs NAYLA bila.........Gaya Tidur Ekstrem

Sorang gaya tido sujud :p



Sorang dengan gaya tido angkat takbir :p Sesuai sangat..hehehe


Korang ada gaya tido ekstrem ?