Friday, November 14, 2008

N.U.H.A bila..........S.S.P.N


Hari ni aku browse kat internet pasal SSPN. 
Sebenarnya sudah lama aku nak bukak untuk Nuha..Hari tu diskus dah dengan my hubby. X berkesempatan lagi so hari ni konon2 nya nak pegi bukak terus la..Tapi sebab aku ni tak baca awal2 aper yang diperlukan untuk memohon kan, so isnin ni laa baru dapat bukak..huhuhu

Sebelum nak pegi bank tu,make sure ada dokumen berikut ok!
# Salinan Kad Pengenalan/Kad Tentera/Kad Polis Pendeposit;
# Salinan Sijil Kelahiran/My Kid/Kad Pengenalan Penerima Manfaat; dan

Ni antara keistimewaannya :-
* Layak memohon pinjaman pendidikan PTPTN dengan syarat-syarat berikut:
  •  Ibu bapa berpendapatan keluarga melebihi RM2,000 sebulan perlu mempunyai penabungan tidak kurang daripada RM3,000; dan
  • Ibu bapa berpendapatan keluarga tidak melebihi RM2,000 perlu mempunyai penabungan tidak kurang daripada RM500.
(Dasar penetapan had penabungan wajib telah dikecualikan pada masa kini, walaubagaimanapun pemohon pinjaman diwajibkan mempunyai akaun SSPN dengan simpanan RM20 sebelum layak memohon pinjaman pendidikan PTPTN)

* Pelepasan cukai ke atas simpanan sehingga RM3,000 setahun;
* Manfaat perlindungan insurans sehingga RM50,000 serta pampasan/khairat kematian diberi secara percuma untuk simpanan RM1,000 dan ke atas *;
* Pemberian Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak **;
* Simpanan serendah RM20 pada bila-bila masa dan dijamin oleh Kerajaan;
* Kadar dividen yang kompetetif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan; dan
* Kemudahan menyimpan di lebih 1,400 ejen kutipan SSPN;
* Kemudahan menyimpan di Maybank2u dan ATM (pemegang akaun Maybank dan telah mendaftar dengan Maybank2u)


* Perlindungan insurans dan pampasan/khairat kematian hanya layak untuk pendeposit yang berumur 18 hingga 65 tahun. Sementara penerima manfaat yang berumur 1 hingga 28 tahun hanya layak diberi pampasan/khairat kematian sahaja.

** Keluarga yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan layak Geran Sepadan apabila anak diterima masuk ke IPT.
Bawah ni jadual anggaran tabungan...Paling minima RM20.00 jer..

 Agak2 aku nak masuk berapa..Kalo RM50, 17 tahun lagi dah 14K..Ok laa kot kan..hehehe.. Aku sendiri pun lom bayar PTPTN nih..muahahahaha..Ampun Encik PTPTN!
p/s: Ummi, duit raya Nuha ummi tak kira lagi!
 Ampun nak..ummi tak berkesempatan lagi..hehehehehehehehehe..gelak syaiton plak.. 

3 comments:

  1. ok ke sspn nih, duit ayra pn belum masuk lagi neh

    ReplyDelete
  2. ok laa kot kalo baca benefits dier..ko plan nak buka aper untuk ayra?

    ReplyDelete
  3. wehh mummy nuha, ko telah ditag, sila jawab ya..masuk kat blog godgift.. lalalalalaa

    ReplyDelete

Terima kasih sebab sudi bagi kiss kat saya (: lagi banyak kiss lagi saya suka :*

xoxoxo,

Nuha & Nayla